Home > Whatever > [E] Fifty fifty

[E] Fifty fifty

Tak salahkan kalau kite bahagikan kerja rumah 50-50 dengan pasangan kite kalau pasangan kite tu juga bekerja dan contribute 50% dari income isi rumah? Zaman moden macam ni takkanlah fikiran masih macam orang dulu-dulu yang perempuan kena buat semua kerja rumah dan yang lelaki boleh rehat dan tidur selepas balik kerja.

pucca1Oh, nak cerita pasal ini sebab semalam Win tolong lipatkan kain dan basuh pinggan mangkuk masa aku tengah tunggang terbalik memasak lauk asam pedas ayam kesukaan beliau di dapur.

Walaupun Win lipat kain tak sama bentuk (eh, Hubby jangan sedih saya cakap macam ni jap lagi saya puji – jangan nanti lain kali awak merajuk taknak lipat kain pulak..eh?) hatiku ini rasa terharu dengan apa yang dia buat. Tenkiu Hubby, I love u so much -lah! Lain kali tolonglah lagi ye.

Bukannya susah nak tolong buat kerja rumah kan? Buat yang simple-simple je cukuplah untuk ringankan beban isteri. Mana nak masak lagi, nak kemas dapur lagi, basuh pinggan lagi sorang-sorang nak buat? Itu kes yang berdua, tak ada anak lagi tuh.

Cakap pasal anak, ini adalah salah satu sebab kenapa.. you know lah.

[W]: Saya tak nak tengok awak bawa perot besar naik turun tangga lima tingkat. Kesian. Tunggu kita pindah rumah dulu..

Peh.. cair terus hati ini dengar ayat tu. Sebab tulah hati ini makin sayangggg kat orang yang keluarkan ayat tu. Berape ramai lelaki yang boleh fikirkan macam tu? (ha Hubby, kat sinilah part saya puji awak)

Bayangkan kalau aku terkahwin dengan lelaki yang cakap macam ni, “Ah, peduli apa? Yang usung perut besar tu awak! Bukan saya! Biarlah 5-6 tingkat sekalipun tangga awak kena panjat. Saya tak kira, saya nak anak cepat!”

Tidak. Tak nak lelaki macam tu.

EdotMembebel: Hubby, tenkiu i lebiu!

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: