Home > Whatever > [E] Aku tewas jua akhirnya

[E] Aku tewas jua akhirnya

macymorningmadrush
Ini semua Macy Morning Mad Rush punya pasal-lah yang telah menyebabkan bajet bulan ini lari dan akhirnya menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan! Kalau gaji tak dapat awal makanya kena makan megi sehingga dapat gaji T_T

Niat yang asalnya ingin mencuci mata sementara nak bawa Win gunting rambut di sebelah bangunan Macy, Minlon akhirnya membuatkan aku tewas dengan tawaran hebat karpet Macy T_T diskaun hingga 30%.

Karpet berbulu panjang dan sangat lembut dipegang bagi kegunaan di ruang tamu saiz 240cm x 175cm berwarna maroon dihiasi bebenang halus berkilau-kilauan menarik perhatian aku dan Win. Sebijik macam yang kami dambakan.

“Cantik ni kalau letak kat ruang tamu. Bayangkan, L-shape sofa hitam dengan karpet maroon..”

“Okeh, beli beli.”

Panggil adik yang pakai tag Macy.

“Dik, kalo kami nak booking je karpet ni, nanti dapat gaji kami bayar abis baru hantar ke rumah, boleh ke?”

“Boleh.”

“Delivery free kan?”

“Alah, karpet ni kalau sumbat dalam kete pon boleh. Kalau tunggu delivery, lambat.”

“Kami naik kete kancil je dik. Muat ke??”

“Boleh je, karpet ni baringkan kat seat depan luruskan ke belakang.” Sungguh-sungguh adik tu terangkan.

“Eh? Hurm, sebenarnya kami tak cukup cash nak angkat barang hari ni. Kene tunggu gaji. Haha. Takpe, kami nak FREE delivery! 30 haribulan boleh? 6-8mlm kami ada kat umah.”

“Ok.” Redha je adik tu. Kami customer. Bahahaha~

Trick sebenarnya aku & Win tak sanggup nak angkat karpet naik apartment 5 tingkat!! Alang-alang ada orang nak deliver free, guna sajalah. Lagipun rumah kami bukan jauh mana, cuma 2km je dari Macy. Berbaloi-baloi.

EdotMembebel: Lepas ni kena beli TV pulak sebab kat rumah TVnya dah nak rosak T_T.

Categories: Whatever
  1. Evil Sistah
    December 14, 2009 at 4:06 PM

    Huhuhuhu.. tv aku dah nak rosak????
    Nnt ganti balik aku nye tv tu ngan Bravia ye masa nak pulangkan… :p

    • December 14, 2009 at 4:11 PM

      haha, mana boleh. aku jaga baik2 tv tu tau. lepas gune tutup. tapi tah kenapa smlm smlm die buat hal bende kaler kuning nmpk kaler UNGU. huuu..
      nk ganti dgn bravia la sangat~ hahaha

  2. seorang aku...
    December 15, 2009 at 2:43 PM

    TV takyah beli, nanti ada yg nak sponsor!~ hahaha…

    • December 15, 2009 at 2:51 PM

      hah? ada org nk sponsor? huhu.. agaknye org yg nk sponsor tu nk beli TV LCD baru kot.. tv lama nk sedekah kat org😛

      “Murahkanlah rejeki orang yang nk sponsor TV tu, ya Allah~”

      • December 21, 2009 at 12:20 AM

        ahahaha~

    • December 15, 2009 at 2:55 PM

      alang2, samsung la32b550 pun ok juge. ekekeke…

      • December 15, 2009 at 2:58 PM

        eh, boleh pulak demand dah ade org nk sponsor tu

    • December 15, 2009 at 3:03 PM

      belajar dr awk juge.. hahahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: