Home > Whatever > [E] Teringat zaman kecik kecik dulu

[E] Teringat zaman kecik kecik dulu

Tiap kali balik kampung kat Kuala Kangsar mesti teringat peristiwa yg berlaku tiap kali lalu kat tempat-tempat di kampung.

Kat bukit tinggi tepi pokok rumbia itu aku pernah jatuh basikal dengan botol kicap di tangan kanan yg sepatutnya tekan brek bila bertembung dengan kereta Pak Ajil. Nasib baik botol kicap tu tak pecah kalau tak mesti mak marah. Ha, aku paling takut mak marah.

Mak aku bekas askar tau? Garang. Tapi sekarang tak garang dah.

Kat rumah Opah la tempat aku paling suka untuk spend the weekends dengan sepupu-sepupu yg lain bila tiba cuti sekolah. Opah buat bedak sejuk di rumah jadi bila tiba masa untuk jadikan rendaman beras yg Opah peram dalam tempayan dalam bilik air untuk jadikan biji-biji bedak sejuk, kamilah yg tolong. Mula-mula bedak tu cair, macam adunan icing. Pastu kami masukkan dalam kain dan buat lubang kat hujung kain, picit adunan bedak tu macam buat kuih raya dan kemudian jemur tengah panas. Tak dapat upah tapi.

Rumah Opah sebelah rumah kakak dia, Pah Wah. Pah Wah ada pokok koko kat belakang rumah. Kami tolong petik buah koko, makan isi dia dan biji koko tu kami bagi kat Pah Wah sebab dia nak keringkan dan jual kat pekan.

Kalau musim rambutan, Pah Wah buat jem rambutan sendiri. Sedap~

Sekarang ni, kalau nak bedak sejuk buatan tangan Opah dan jem rambutan Pah Wah dah tak dapat dah la, Opah & Pah Wah dan meninggal dan orang lain tak ambil kisah pun macam mana nk buat semua tu. Semua beli.

Dulu kalau dah nak dekat masa Mak masak makan tengah hari, seboleh-boleh nak keluar main kat luar. Kalau stay kat rumah nanti Mak suruh tolong potong bawang lah, potong sawi lah, ambil serai kat depan rumah lah. Ataupun suruh kukur ‘nyor’. Tau tak ape kebendenye nyor? Nyiur la, kelapa. Pernah tengok kukur nyor x? Tak tau pi lah Google.

Kukur nyor paling tak suka buat dulu sebab susah. Slow. Dahla lepas tu kena perah santan. Susah jugak. Dulu tangan kecik, perah pon tak kuat mana. Pastu Mak beli mesin parut nyor elektrik mase aku darjah 4 kot, peh best gile dan laju! Walaupun mesin tu dah lukakan jari pendekku ini beberapa kali tapi lebih rela daripada duduk kukur nyor secara manual tuk 1 jam!

Sekarang aku rindu dengan kukur nyor tu, agaknya Mak dah buang. Sekarang kalau nak santan, beli kelapa dah siap diparut je.

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: