Home > Whatever > [E] Aku tak pandai tapi aku cuba

[E] Aku tak pandai tapi aku cuba

married

Kawen memang best! Tanyalah siapa-siapa yang baru kawen, mesti jawapannya “Syok wooo~ kawen!” Kalau tanya kat orang yang kawen free, lagilah panjang harkat jawapannya “Besssssstt~”

Tapi tak ramai cakap pasal lepas kawen. Aku ingat nasihat dari Nenek Win kat kampung Masai, “Kahwin ni kena sabar. Banyak-banyaaaak sabar.”

Terima kasih Nenek sebab nasihatkan pasal sabar tu. Sekarang kalau rasa nak marah, nak merajuk, nak menangis, nak baling periuk kuali.. mesti teringat pesan Nenek dan tak jadi nak buat hal. Diam-diam buat kerja rumah tapi kalau silap timing mungkin ‘meletup’ juga.

marah

Nenek pesan lagi, “Kalau Win ni bangun pagi bersin-bersin, bagi dia mandi air panas. Jangan mandi air sejuk.” Baiklah Nenek~

Mak pesan, “Bagilah Win makan dulu, baru buat kerja rumah yang lain.” Baiklah Mak~

Aku tak pandai sangat jaga Win, tapi aku cuba.

Aku pun kerja, sama macam Win (walaupun sebenarnya aku selalu datang lambat ke opis) tapi balik kerja rasa penat sama macam rasa penat orang lain yang balik kerja. Orang lain balik kerja rasa nak lepak, aku pun sama nak rehat.

Tapi aku penat macam mana pun kena gagahkan juga sediakan makan malam. Kalau Win kesian, dia ajak makan luar. Takpun kalau dia dah lapar sangat-sangat dia kata, “Makan megi pun ok.”

Boleh tak aku nak duduk rumah berlatih jadi surirumah yang baik, pandai masak & pandai segalanya?

Tapi tak dapat income.

Nanti tak dapat nak beli kasut kesukaan.

Nanti tak dapat nak bayar PTPTN.

Nanti tak dapat nak beli kereta Forte (T_T)

Categories: Whatever
  1. January 12, 2010 at 2:16 PM

    = bisnes @ rumah..

  2. January 12, 2010 at 4:13 PM

    bisnes jual awak. haha. ha

  3. putrixue
    January 13, 2010 at 8:31 AM

    tak apalah penat pun sebab berbakti untuk suami. kan sudah dijanjikan syurga untuk isteri yang mentaati suami dengan sepenuh hati dia🙂

    • January 13, 2010 at 8:33 AM

      ya betolll~ sebab itulah rasa nk lebih dpt pahala dan pikir..

      bole x aku dok umah jadi surirumah dan buat kerja rumah berbakti sampai mati? ho ho. ho.

  4. January 15, 2010 at 1:23 PM

    aku pon nk cgt2 cmtu..mgkn satu hr nnt kn edot..tgg abis utg2 neh..hukhuk

    • January 15, 2010 at 1:39 PM

      huhu, tula ssh idop dibelenggu utang ni.. huhu.. marilah kita berdoa so cita2 jadi kenyataan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: