Home > HerHisTory > [E] Tak mahu pulang ke sekolah

[E] Tak mahu pulang ke sekolah

takmau
Dulu aku bersekolah di sekolah berasrama Sg.Petani, Kedah.

Aku anak manja, jadi rasa berat sangat-sangat nak balik ke asrama bila dah seronok duduk rumah tambah-tambah pula bila tiap hari Mak masak makanan kegemaran lagilah banyak alasan tak nak balik ke asrama.

Selalunya balik ke asrama kena naik public transport. Tak ada bas direct dari K.Kangsar ke Sg.Petani masa tu dan pilihan lain yang ada cuma bas lompat atau Keretapi Tanah Melayu arah utara.

Masa tingkatan satu, kali pertama balik ke asrama sendiri. Ayah pesan, “Ida naik keretapi sampai Butterworth, turun pastu tanya kat orang macam mana nak pergi stesen bas. Lepas tu, cari tempat orang naik bas ke Sg. Petani”.

Ayah tak hantar. Tak ada training untuk first timer. Kena buat sendiri (T_T) walaupun baru tingkatan satu. Budak perempuan pula tu. Agaknya MakAyah nak suruh belajar berdikari. Masa tu tambang keretapi ke Butterworth cuma RM4 sebab diskaun 50% pelajar sekolah. Dari Butterworth ke Sg. Petani pula, bas RM2.40.

Selain aku ada lagi dua orang budak K.Kangsar yang bersekolah sama, Imah & Dun. Kami bertiga belajar balik ke asrama sama-sama. Masa tu kami belajar macam mana nak tanya arah jalan bila tak tahu. Huh, siapa yang tak nak jawab bila 3 budak perempuan comel tanya arah stesen bas? Tanya akak jual tiket. Tanya pakcik drebar bas. Akhirnya kami berjaya sampai ke Sg. Petani.

Ujian pertama lulus. Kami sampai di pintu pagar sekolah sebelum jam 6.30 petang.

Walaupun dah pandai balik ke asrama naik keretapi & bas, aku tetap liat nak pulang ke asrama bila cuti lama di kampung. Pernah beberapa kali, aku patah balik ke rumah walaupun Ayah dah hantar naik keretapi & dah sampai Butterworth.

Kali pertama aku buat macam tu, aku beli tiket Butterworth – K. Kangsar pada petang tu juga. Naik tren dan mula fikirkan apa nak jawab bila sampai K. Kangsar nanti.

“Ida tertinggal beg atas keretapi masa kat Butterworth, pastu bila Ida patah balik tiba-tiba keretapi tu dah jalan. Camana Ida nak turun?”

Nampak sangat menipu-nya dan memang hari tu aku kena ‘bancuh’ dengan Mak tapi sekejap je. Lepas tu Mak sayang balik. Huhu. Ayah tahu, aku memang berat hati nak balik ke asrama kalau sendiri.

EdotMembebel: Sekarang aku bersyukur sangat sebab MakAyah paksa aku belajar berdikari masa tu. Develop interpersonal skill orang putih kata.

Categories: HerHisTory
  1. putrixue
    January 15, 2010 at 1:38 PM

    berdikari kan kita dulu…tengok budak sekarang ni, untung betul…rasa mcm nak kembali ke 20 tahun lepas, huhu.

    • January 15, 2010 at 1:46 PM

      ha ah la.. bdk zmn skrg ni lebih disayangi. untung betol diorg.

      tp yg bestnye pasal berdikari ni, bila dah besar kite tau bersyukur. hohoho

  2. January 16, 2010 at 10:11 PM

    kenangan sekolah asrama memang indah!
    manja kita bertempat, susah dan senang buat kita lebih menghargai kehidupan.

    • January 18, 2010 at 8:27 AM

      peh ruby cakap mcm pakar motivasi pulak. huhu..

      betol betol betol. mcm2 pengalaman yg dpt mase kene buat semua tu mase kecik2 dulu walopon masa tu rase x best langsung kena balik naik bas. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: