Home > Jalan-Jalan > [WE] Berkelah dan melawat muzium @ K. Pilah

[WE] Berkelah dan melawat muzium @ K. Pilah

Ulu bendul airnya sejuk~

Pada hujung minggu yang lalu, kami dan 4 rakan yang lain pergi berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul, K. Pilah. Kami membawa bekal sandwich telur & tikar, Hani dan kakaknya membawa nasi lemak manakala Taufik dan tunang membawa cawan plastik dan air minuman jus.

Seronok betul berkelah di Ulu Bendul. Airnya sejuk, udaranya nyaman dan suasananya damai. Tak perlu bayar untuk masuk ke tempat perkelahan di sini. Percuma! Tempat letak kereta agak terhad, siapa datang dulu dia dapat.

Tempat perkelahan ni airnya tak dalam sangat, sesuai untuk mandi bersama kanak-kanak.

Selepas bermandi-manda di sungai, kami salin pakaian di tempat disediakan dengan bayaran RM 0.40 seorang. Harga termasuk perkhidmatan mandi shower

Melawat Istana Seri Menanti

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Seri Menanti untuk melawat istana lama di sana. Cantik & besar sungguh istana yang diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku besi itu. Kalau tahu pasal sejarah Negeri Sembilan, mesti kamu suka datang ke sini.

Selepas melawat Istana Seri Menanti, kami minum petang di Restoran Warisan yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk ke Seri Menanti. Restoran ini sangat cantik, dengan ruang terbuka yang dikelilingi sawah padi dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup perlahan membuatkan perhiasan kain yang dijadikan siling dan langsir terbuai-buai. Kamu pasti rasa nyaman bila kedatangan kamu disambut dengan minuman percuma air kelapa, kacang bersalut kari dan lagu di radio yang mendamaikan jiwa.

Win makan nasi paprik campur, RM12. haha. ha.

Nasi Paprik Campur RM12.

PS: gambo2 lain ade kat sini.

Categories: Jalan-Jalan
  1. January 19, 2010 at 9:51 AM

    rm12? wah tue standard ke?

    (malah bagi aku)

    • January 19, 2010 at 10:29 AM

      memang mahal. tp tula, win tatau kata harga dia RM12. die ingat dlm lingkungan Rm7 gak mcm dlm menu. hoho. ho

  2. January 19, 2010 at 10:07 AM

    tipu aa.. dlm menu just tulis paprik – RM7. xtulis pun kalo paprik campur harge lain.
    nasib baik sedap.

    bole kate mahal gak la utk level restoran.. harge utk masakan goreng2 dlm RM7-RM9..

    • January 19, 2010 at 11:21 AM

      eh eh, awk nampak berisi dalam gamba kat depan istana tu. huhu~😛

  3. January 19, 2010 at 10:00 PM

    Baru nk komen winz nampak berisi lam gamba tu..opsss sori winz..tp itu kenyataannya..hehe.. Alhamdulillah, sedap makan masakan isteri tercinta kut;)

    • January 20, 2010 at 8:20 AM

      oh ada juga org lain perasan. huhu, mekasih sebab puji aku jugak fida.. hoho. ho

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: