Home > Whatever > [E] Guru-guru hebat dulu dan sekarang

[E] Guru-guru hebat dulu dan sekarang

Dulu, cikgu di sekolah rendah aku hebat-hebat. Aku tak rasa masa tu diorang bergaji tinggi, tapi cara diorang mendidik dan mengajar kami-budak-kampung-yang-bukan-minat-sangat-nak-belajar-cuma-pergi-sekolah-sebab-mak-ayah-suruh-je memang berkesan sehingga aku yang dah 15 tahun meninggalkan sekolah itu masih ingat nama cikgu dan tahap kegarangan.

  • Cikgu Mardhiana
    • Cikgu BM yang sangat rajin suruh buat karangan. Sehari kena buat satu karangan tak kiralah sama ada nak salin dari karangan contoh atau buat karangan sendiri. Dia akan buat spot-check bila-bila masa jadi kami kene siapkan karangan tu macam diari harian. Kalau tak cukup, memang kena.
  • Cikgu Rokiah
    • Ajar matematik dengan nada suara yang sangat kuat dan jelas kalau duduk kerusi belakang sekali pun mesti terbeliak biji mata selama 30minit waktu matematik. Tiap-tiap hari kena buat latihan matematik 40 soalan. Buku latihan matematik kami tebal macam kamus.
  • Cikgu Dhana Letchumi
    • Cikgu BI. Garang tapi baik hati sebab buat kelas tuisyen untuk kami. Kalau pandai English dia sayang.
  • Cikgu Mohd Noor (Cikgu Hal Ehwal Pelajar)
    • Cikgu ni buat kelas tambahan malam-malam untuk ajar Matematik. Bukan masalah dia pun kalau kami gagal mata pelajaran tu, tapi kenapa dia bersungguh-sungguh buat kelas tambahan waktu malam? Mesti sebab dia sayang kat kami.

Ramai lagi cikgu hebat-hebat kat sekolah aku, Sekolah Raja Perempuan Muzwin, Bkt. Chandan.

Selingan 1
Kawan 1: Kau kerja mana sekarang?
Kawan 2: Aku jadi cikgu.
Kawan 1: Wow, bagus tu. Pekerjaan yang mulia. Kenapa kau jadi cikgu? Tak masuk bidang yang kau belajar kat U dulu?
Kawan 2: Terpaksa. Aku tak dapat cari kerja dalam bidang aku.

EdotMembebel: Aik?? TERPAKSA? Kan lebih baik kalau niat jadi cikgu nak majukan anak bangsa?

Selingan 2
Kawan 1: Kau kerja mana sekarang?
Kawan 2: Aku belajar, dapatkan Ph.D.
Kawan 1: Wow, bagus tu. Kenapa kau nak dapatkan Ph.D?
Kawan 2: Saja. Kalau jadi pensyarah dengan Ph.D nanti gaji tinggi, paling busuk pun boleh dapat 7 ribu ke atas!

EdotMembebel: Aik?? Gaji tinggi? Kan lebih baik kalau niat jadi pensyarah nak majukan anak bangsa?

Categories: Whatever
  1. putrixue
    January 22, 2010 at 8:06 AM

    I wanna be a good teacher to my children🙂

    ps: belum kahwin dah sebok pikir ada anak, hahaha

    • January 22, 2010 at 9:30 AM

      ehh, harussss ada cita-cita! tambah2 lagi kalau cita-cita murni mcm ko cakap tu🙂

  2. January 22, 2010 at 10:30 AM

    aku pernah terpikir nak jadik cikgu sbb nak cuti banyak and keje blk awal la konon..so byk ms ngn family.hahaha..tapi agaknya Allah xsuke, awal2 niat dh lari,kang ilg lak keberkatan..ngeee~..tu yg xdpt jd cikgu tuh..hehehe..

    ps :tapi smua org kate aku sesuai jd ckg..hurmm..agak rugi gak institusi pendidikan klu x hire owg cm aku kn..kehkeh (versi perasan)

    • January 22, 2010 at 10:34 AM

      ecah, mungkin Allah ada rancangan yg lebih baik untuk ko kot.. sebab tu tak pat jadi cikgu. huhu..

      yeke ko seswai jadi cikgu, suare halus dan lemah lembut begitu.. kene tegas tau? dada ke depan! dagu angkat! berdiri tegak! eh, tu untuk berkawad kan? hahaha..

      • January 22, 2010 at 12:59 PM

        hahaha..cikgu yg lembut,sopan tapi berjaya menyampaikan dgn penuh keberkesanan taw..hahaha..

      • January 22, 2010 at 1:18 PM

        keh keh keh… cikgu Aisyah ni nanti mesti paling disukai ramai..juga suka dibuli.😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: