Home > Whatever > [E] Lepas SPM kerja sambilan lagi cool~

[E] Lepas SPM kerja sambilan lagi cool~

wira
Pagi tadi kat tv ada sebut pasal ‘Kerja sambilan lepas SPM’ jadi aku sambung sikit pendapat aku kat sini.

Pada aku lagi ‘cool’ kalau lepas SPM pergi buat kerja sambilan daripada duduk rumah tengok tv dan main komputer je.

Pakar motivasi dalam tv tadi kata, cari kerja yang menambahkan ‘value’ contohnya kerja macam cikgu tuisyen atau kerja bidang yang baik-baik sebab dia kata setakat nak dapatkan duit, gaji kerja biasa-biasa ni tak berapa sangat.

Betul, tapi aku rasa OK je kalau kerja biasa-biasa pun terutamanya macam yang tinggal kat kampung. Ada juga skill yang boleh dipelajari. Kerja biasa-biasa kat Malaysia ni memanglah gajinya sikit, gaji sejam cuma dua hingga tiga ringgit je dan dengan rasa kekurangan gaji itulah yang bagi semangat kat budak-budak ni nak sambung belajar supaya dapat kerja yang lebih baik.

Kerja yang biasa-biasa ni lah yang akan mengajar budak-budak ni berdikari.

Nak minta kerja, kena tahu skill temuduga.

Dah dapat kerja kena ikut cakap orang atasan.

Dapat gaji boleh beli apa yang disuka, tak payah minta dari makayah lagi.

Kerja yang biasa-biasa ni lah yang ajar budak-budak ni sama ada langit ni tinggi ke rendah.

EdotMembebel: Cool.. kerja sambilan lepas SPM. Kerja sambilan pertama aku buat kuih kat kedai biskut & kek. Sebiji kuih upah cuma 1 sen. 1 sen, ok?

Categories: Whatever
  1. Hariz~
    January 27, 2010 at 9:26 PM

    wekk… =P sye nk jadik ahli muzik~~ lpas PMR mngkn blaja men violin..~~ heee =D agaknye arr -.-

    • January 28, 2010 at 10:35 AM

      sukati kau lah labuuuu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: