Home > Stumble Upon > [E] Main PlayStation sampai abaikan bini memang tak patut

[E] Main PlayStation sampai abaikan bini memang tak patut

binimarah
Kalau korang cari barang yang dijual online mesti selalu jumpa forum-forum yang bincang pasal barang yang korang cari tu, kan?

Satu hari masa aku baca forum-forum ni, terjumpa satu forum yang boleh aku katakan forum mula-mula-cerita-pasal-produk-alih-alih-tercakap-pasal-laki-asyik-main-PS2-sampai-lupa-diri-pastu-bini-bini-tak-puas-hati.

Adalah seorang forumer ni yang tengah mengandung (dia tulis die mengandung) bagitau yang laki dia kalau balik kerja terus terkam PS2 dan main PS2 tu sampai pukul 2-3 pagi. Mula-mula akak ni boleh layan lagi la karenah laki dia tapi lama-lama rasa menyampah sebab akak tu kata dia rasa macam diabaikan.

Haha, yang lawaknya bila laki dia lepas main PS2 sampai kol 2-3 pagi tu nak masuk tidur, selalu kejutkan akak tu dan berkata, “Yang, abang tak boleh tidur laa…” Aih, main PS2 tadi tak ingat dunia, bila tak boleh tidur baru nak cari bini? Tsk tsk tsk. Kesian akak tu..

Punyalah tak tahan, akak tu tulis kat forum tu yang dia patahkan semua CD game laki dia, sorokkan controller PS2 tu masa laki dia nyenyak tidur. Hahaha.. cayalah kak. Geram sangat dah tu agaknya.

Ramai forumer kat situ yang nasihatkan akak yang patahkan CD game laki dia tu supaya bersabar, slow talk dengan laki dia pasal masalah PS2 tu. Tak baik buat macam tu diorang kata. Bagus jugak forumer yang lain ni, tak jadi batu api.

Walaupun ada jugak forumer lain yang turut ada masalah yang sama, “Laki Main PS2 sampai Lupa Bini” tapi yang paling ekstrem akak tu lah sampai patahkan CD!

EdotMembebel: Weh, kalau korang nak main PlayStation pon janganlah sampai bini merajuk. Tengok, dah kene patah-patah CD game! Kah Kah Kah

Categories: Stumble Upon
  1. January 28, 2010 at 4:19 PM

    better gila bola dari gila PS2/PS3. T_T

  2. wii
    January 31, 2010 at 12:44 AM

    -uppss, penggunaan ayat yg tak sesuai. heheheh.. – Edited by Admin

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: