Home > HerHisTory > [E] Anak manja memang gembeng

[E] Anak manja memang gembeng

gembeng
Dah seminggu Mak tinggal dengan aku.

Seminggu tulah aku dapat makan sedap-sedap tiap hari balik dari kerja. Selalunya aku yang masak sendiri, pukul lapan lebih baru dapat makan malam, itupun lepas perot merajuk sebab lapar lama sangat. Samalah perot aku dengan perot Win.

Semalam lepas kenduri kat Klang, Mak & Ayah dah balik ke kampung tumpang kereta Pakcik. Lagi senang, tak payah diorang susah-susah usung beg yg bawa segala benda dari belacan sampailah senaskah Al-Quran besar gabak yang Win dapat percuma daripada majikannya, Percetakan Nasional M’sia Berhad.

“Tulisan Quran ni besar, senang Mak nak baca. Mak dahlah rabun. Win, Mak nak Quran ni boleh?”

Win angguk. Untung Mak, dapat menantu pendiam, baik hati dan kacak macam Win.

Petang Sabtu lepas bawa Mak & Ayah jalan-jalan kat KLCC tapi tak lama sebab Mak dah tua-tua ni bukan larat jalan banyak. Petang tu juga kakak aku yang tinggal kat Jalan Klang Lama ambil Mak & Ayah tidur kat rumah dia.

Malam tu masa aku lalu depan bilik yang Mak aku tidur selama seminggu tu, tiba-tiba rasa sebak. Tengok tilam yang Mak lipat. Tak boleh tahan dah. Berderai air mata kat situ jugak.

Bukan menangis macam jari luka sebab terpotong dengan pisau, tapi menangis teresak-esak macam Ayah janji nak bawa gi supermarket tapi last-last kena tinggal sebab mandi lama sangat. Macam tu lah.

Dah tekup muka dengan bantal pun tak boleh berhenti menangis. Lepas tu duduk menyangkut dagu kat tingkap, menangis lagi.

“Kenapa ni..” Win tanya lembut-lembut.

“Rindu Mak…” menangis makin dahsyat.

“Laa, kan esok nak jumpa lagi Mak..?” pandai Win pujuk.

“Uhm.. anak manja, kan..”

Esok paginya, mata aku bengkak.

EdotMembebel: Lepas ni bolehlah ejek aku ni gembeng.

Categories: HerHisTory
  1. February 8, 2010 at 9:06 PM

    Gembeng tu apa edot? alahaii comelnye menangis sebab rindukan mak..erkk… mmg anak manja! hehe..

    mcm la aku ni tak rindu mak aku..huhuh..
    makkk rindu makkkkk..whuaaaaaaaaaaaaaa

    • February 9, 2010 at 7:31 AM

      gembeng tu bahasa jawa kot? win salu kate “eee.. gembeng” bila dia tengok ada budak selalu menangis. so maksudnya, gembeng tu budak yg selalu menangis😦

  2. February 9, 2010 at 9:54 AM

    cemeng pong maksudnya suka nangis juga.

    • February 9, 2010 at 10:25 AM

      oh yeke? cemeng tu bahasa negeri mana, perak ke? aku kalo budak suke nangis ni sebut NGOBOK. hahaha bunyi mcm reebok

  3. Nurul
    February 9, 2010 at 11:36 AM

    gembeng tu bahasa jawa ke edot..bahasa org johor kut.hehe..aku pun guna term gembeng gak..edot nampak gagah luaran.🙂

    • February 9, 2010 at 11:39 AM

      haha, yeke? aku takleh nk beza dah mane johor mana jowo.

      edot ni gagah luaran sebab konon nk pertahan ego. haha. tapi hati lembut macam tauhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: