Home > Whatever > [E] Dah pandai buat bodoh

[E] Dah pandai buat bodoh

marimari
Minggu lepas balik kampung K. Kangsar kan aku dah cerita sebab nak gi kenduri arwah Opah? Memang ramailah orang kampung belah opah aku datang ke kenduri tu tuk bacaan Yassin dan makan tengah hari.

Tau-tau jelah, orang suka tanya soalan apa bila tengok aku balik kampung melenggang-kangkung bawa perot kosong bila anak-anak diorang usung bini perut membusung atau dukung anak kecil yang hisap susu gantung.

Eh eh, pengantin baru! Bila sampai?” tanya makcik yang anak lelakinya Apis, sebaya aku.

Hah? Pengantin baru apenye~ pengantin basi.. haha.” masih senyum walaupun dah dapat hidu ayat makcik ni seterusnya.

Sorang je?” tanya makcik tu lagi walaupun nampak Win berjalan di belakang aku.

Haah, sorang je.” dah paham maksud ‘sorang’ dalam ayat makcik tu.

Ni ha, anak Apis. Dah besar ni dah.” memperkenalkan cucu barunya, mungkin berumur 4bulan.

Oh, dah besar anak dia..” senyum dan cepat-cepat pergi cari Mak kat dapur. Lapar.

Strike one.

………………..

Tengah tolong makcik-makcik yg basuh pinggan. Win pun sanggup berpanas untuk tolong jemur pinggan yang dah basuh.

Kamu masih solo lagi, nak?” makcik yang paling hampir dengan aku buat-buat tanya padahal Win berdiri tengah panas depan mata dia. Dia tahu kami dah kawen. Lama.

Solo lagi.” dah paham maksud ‘solo’ dalam ayat makcik tu.

Tak apalah. Belum ada rezeki la tu gamaknya.” makcik bagi ayat penyedap hati.

Hummm..” malas nak cerita sebab apa. Biarlah makcik nak kata apa.

Strike two.

………………..

EdotMembebel: Yesss! Dah pandai buat bodoh bila orang tanya soalan tu. Tak marah-marah lagi.

Categories: Whatever
  1. to_heri
    February 9, 2010 at 9:55 PM

    enjoy reading your bloggiing….mmg pandai karang ayat….

    • February 9, 2010 at 10:28 PM

      hah yeke. dulu BM asyik dapat B ja. tak pernah dapat A😦

  2. to_heri
    February 12, 2010 at 5:59 PM

    bukan pasal tu la bm dulu x leh gune ayat campur2 (^_~)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: