Home > Shoutout > [E] TV baru TV baru TV baru

[E] TV baru TV baru TV baru

huhu
Korang nak TV baru bila?” tanya Abah masa kami dah naik kereta nak balik ke Serdang. Abah nak sponsor TV baru!

Hah? Err.. erm.. tahla.” Edot & Win saling berpandangan. Terkejut. Teruja. TV baru tu!

Nak sekarang ke atau bila pindah umah baru..” tanya abah lagi.

Nanti beritahu nombor siri LCD TV yang mana nak.” tambah abah lagi.

Edot & Win yang masih terkejut masih tak dapat berikan jawapan. TV baru! Memanglah nak~

TV baru.

Yeah Yeah.

TV baru tu..

Uh la laaa~

Kalau ikutkan hati memanglah nak TV baru sekarang. Tiap kali jumpe kedai elektrik mesti mata kami macam mata budak kecik yang nampak playground. Pergi mana-mana pun mesti masuk kedai elektrik, tanya-tanya harga TV LCD pastu cakap, “Eh? Mahalnya. Kami tanya kedai lain sume harge lagi kurang dari yang ni.” ayat konon nak dapat diskaun lebih tapi mestilah tak dapat.

TV kat rumah sekarang ni bergantung kepada magnet peti ais yang kami letakkan betul-betul kat tengah atas TV tu supaya kaler kuning tak jadi ungu. Kalau tak ada magnet tu nanti kaler TV tu jadi lain. Kadang-kadang kena letak 2 magnet peti ais sebab nak imbangkan ke-tak-sama-rataan kaler pada skrin TV. Haha. Ha.

Tapi kalau beli TV baru sekarang, letak atas color box yang kami letak melintang jadikan rak TV sekarang lah~ Haha.. cam tak hensem plak kalau gitu. TV 14 inci sekarang ni comel la dok atas tu. Plan kami nak beli rak TV bila dah pindah rumah. Tapi plan, boleh tukar punya.

Pastu bayangkan TV LCD kene sambung kat aerial dalam rumah yang ada dawai terpacak dua tu. Haha. Mana ada Astro rumah kami. Bila tukar channel TV, aerial tu pun kami kena ubah juga.. nak cari gambar clear sket. Hoho. Ho.

Kesimpulannya, kami pun tak tahu bila nak beli TV. Terima kasih kat Abah sebab nak sponsor. Abah memang cool~ Adakah ini hadiah perkahwinan Win & Edot yang dah nak menjangkau 1 tahun pada bulan hadapan? Ho Ho Ho😛

Categories: Shoutout
  1. Evil Sistah
    February 19, 2010 at 9:29 AM

    Nanti dah dapat TV baru tuh, TV kecikku itu jangan dibuang, E-Cha nak guna nak pasang DVD Yooo! Gabba! Gabba!

    • February 19, 2010 at 9:31 AM

      ok kalau dah dapat tv baru tu nanti aku return balik yg ni. nak skali dgn magnet peti ais ke? haha

  2. duan
    March 4, 2010 at 9:28 AM

    hehehe somehow u reminds me of my big bro when he started his new life with his wife. i live with them for a while. still remember the tv cap ayam which requires the antenna to be moved now and then bila nak tgk channel yg clear hahaha…
    am going through the same phase soon.. it would be fun. kekeke btw.. enjoy the new tv.. look awesome !!! hahahahaha

    • March 4, 2010 at 9:31 AM

      hoho, yeah.. living life the hard ways tought us a lot of things and also remind us to be even more grateful.

      thanks. the tv is awesome cuma the channel is not as clear as those who are using Astro. huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: