Home > Whatever > [E] Hari ini masa utk bermalasan tapi produktif

[E] Hari ini masa utk bermalasan tapi produktif

Hai. Hari ni Ahad, kamu ke mana? Aku tak pi mana-mana. Cuaca panas camni tak best kalau jalan-jalan kat luar.

Hari ni hari bermalasan tapi produktif.

Bangun pagi buat nasi lemak & sambal telur. Walaupun tak sedap mana tapi bolehlah nak telan. Win pun makan tak banyak komplen.

Sapu sampah, mop lantai. Nasib baik rumah kecik, tak banyak ruang nak kena mop.

Iron baju kerja Win untuk seminggu. Fuhh~ nasib baik aku kerja boleh pakai t-shirt & jeans. Tak payah iron banyak benda. Tudung pun jenis tak payah iron. Beli tudung dZ memang berbaloi ah!

Win tolong basuh & sidai baju. Install Win7 kat PC rumah. Oh kami sangat ketinggalan~

Waktu petang digunakan sepenuhnya untuk bermalasan tapi tak boleh tidur sebab terlalu panas. Semua kipas dalam rumah ni dah pasang pun masih sangat panas. Nasib baik dalam rumah ni cuma kami berdua je jadi baju apa nak pakai masa panas-panas macam ni takde siapa kisah. Hoho. Hujan di petang hari! Akhirnya.. sejuk sikit tapi tetap tak tidur. Aih.

Harini ada 2 jemputan kahwin kat Johor, satu kat JB satu kat Felda Tenggaroh, Mersing tapi tak dapat pi sebab baru je minggu lepas kami balik Johor T__T Apapun, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin Emon & Lyd di JB dan juga Lenny & Shahrul di Mersing.. semoga berkekalan sampai akhir hayat hendaknya.

Kahwin ni bukan mende main-main. Banyak yang dah aku belajar dalam 11 bulan ni pasal komitmen dan tanggungjawab. Hmmph, malaslah nak cerita kat sini, korang kahwin nanti korang taulah sendiri.

Categories: Whatever
  1. March 1, 2010 at 9:38 PM

    wess… tq for da wish…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: