Home > HerHisTory > [E] Baru putus belt, belum putus nyawa

[E] Baru putus belt, belum putus nyawa

nangis

Malam tadi kami naik kereta nak makan malam di luar.

Baru separuh jalan, tiba-tiba ada bunyi aneh.. macam ada benda yang longgar. Tak. Bukan bunyi seat longgar. Bukan dashboard longgar juga.

Tak lama lepas bunyi aneh tu, TINGG!!

Lampu bateri menyala.

Sepatutnya kalau enjin kereta hidup, lampu bentuk bateri tu tak menyala. Kalau menyala, ade benda tak kenalah tu.

“B, cepat berhenti kat sini..” tunjuk arah stesen Shell Tanming Jaya.

Tapi takut nak matikan enjin. Gila apa? Tu tak nampak lampu bateri menyala? Kang tak boleh start kereta, nak tidur kat Shell?

Call Abang. Abang mesti tau banyak pasal kereta. Dia kan jual kereta?

“Abang, tadi kami bawa kereta pastu ada bunyi pelik pastu bila bunyi pelik tu dah takde lampu bateri menyala pastu kami stop tepi jalan tapi tak matikan enjin. Apa yang jadi sebenarnya?”

“Oh, mungkin ada banyak sebab. Bateri weak. Ada wayar putus. Atau FanBelt putus. Jangan matikan enjin, balik rumah sementara sempat. Jangan bukak aircond, radio, lampu. Kalau fanbelt putus, alternator tak jalan, maknenya bateri tu dah tak leh recharge. So sekarang kereta cuma boleh guna apa yang bateri tu ade je. Dah balik kang, matikan enjin pastu try start kerete.”

Okeh. Eh? Mana boleh tak bukak lampu. Dah malam ni gelap kenalah pasang.

Kami patah balik ke rumah, sempat sampai. Dengan Bismillah, matikan enjin kereta. Suluh tengok apa jadi kat dalam tu.

Call Abang lagi.

“Haa, ade bende putuslah. Dekat dengan tangki air wiper.”

“Haa.. apa yang putus? FanBelt ke, aircond punya belt?”

“Eh? Mana Ida tau??? Ada tulis kat sini ke?”

Takpelah, janji kereta tu boleh start semula. Sekurang-kurangnya esok tak payah tolak sampai bengkel kereta.

Alternator belt yang putus. Nasib baik bukan timing belt yang putus. Yang itu, memang sah kena telefon kereta tunda. Ah, tak macho lah kena tumpang kereta tunda. Eh, baru tau yang timing belt kena tukar setiap 80ribu kilometer. Hoho.

Apa? Patut beli kereta baru? Bagilah aku duit nak buat downpayment. Haha. Ha.

EdotMembebel: Dah tukar alternator belt, aircond belt & timing belt. Semua kos RM250. Nasib baik ada duit spare nak gi hantar repair T_T

Categories: HerHisTory
  1. February 23, 2010 at 10:42 PM

    PS: nk suh tukar kia forte tu kut…. erkk

    • February 24, 2010 at 10:25 AM

      erkk, nak tukar? sayang la nk jual yg ni. walopon comot tapi salu sakit tapi tahla.. sayang.

      forte tu nak jadikan family car, beli lps abis bayar yg si ketot ni mungkin? hohoho

  2. drMpower
    March 2, 2010 at 10:21 PM

    edot, berape lagi bayar yang itu? runding dengan bank, setel banyak mana lagi. klau dah tak banyak, tolak kete tu, setel bank.

    balance but dp kerete baru.

    cari kerete yg dp tak mahal, tapi bayar +/- kete yang ade. ala, mahal sikit pun takpe sebab maintenance koman2 2 taun takyah risau.

    takat maintenance biasa2 je tu murah je. pesona minyak itam baru 30-40RM. brake pad 40k km baru tukar. tu pun kalau ko rempit abis, tapi drive slow2, lagi la lame. auto oil 40k km. aircond gas, murah 10hengget tukar bile ko rase dah tak sejuk. bapak aku 2-3 taun baru refill gas aircon tu. jage compressor dia je. tu pun koman2 1-2 baru MAYBE ada problem.

    kalau nak lagi murah, push loan maximum. proton leh buat sampai 10 taun.

    biar la, asalkan selamat dijalan raya dan tiada masalah lagi macam ni. kesian tui aku bace ko dan laki.

    itu kalau alternator belt putus. kalau brake linkage putus? or ape2 lain yg life threatening putus? camne? beli kete baru. forget forte tu, just pesona 1.3 pun dah ok skarang.

    forte boleh tunggu kejap~

    • March 3, 2010 at 8:24 AM

      ergh… sayang ah nk jual kancil ni. ade lg 4k kot kancil ni utang bank. hak3..

      tgkla nanti camane. safety diri pun penting. hurrmmmm~

      ps: persona ade 1.6 je kn? yg 1.3 tu saga.

  3. drMpower
    March 4, 2010 at 2:43 PM

    ade 1.3 pesona…saga pun ade 1.3, ade 1.6

    sayang laaa saangat… keh keh keh

    • March 4, 2010 at 2:44 PM

      pesona aku rase 1.6 saje. saga ada 1.3 saje kot…?

      tapi aku suka lah kat Forte. tunggulah smp mampu dpt forte, boleh kot.. haha

    • March 5, 2010 at 11:17 AM

      saga 1.3 & 1.6 (B-line & taxi & kaler merah je).
      persona 1.6. yg 1.3 tu gen2 kot. sbb gen2 duluuu2 ade kuar 1.3.

      bulan ni kot persona facelift kuar (mcm xlawo). 2012 replacement model plak, italdesign giugiaro yg design.

      forte ade ura2 kt akan naik harge T_T..

      • March 5, 2010 at 11:18 AM

        so kite beli ALJA saja lah?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: