Home > Shoutout > [E] Betul-betul dapat TV LCD baru!

[E] Betul-betul dapat TV LCD baru!

TV baru, rak TV pun baru

Memperkenalkan… TV dan rak TV baru!!

Abah Win lah yang sponsor macam aku cerita kat post ini. ^__^

Hujung minggu baru-baru ni Abah, Mama, Hariz, Hani, Haziq & Irfan datang ke rumah sewa kami kat SK. Hari Sabtu, kami semua pergi ke Mutiara Damansara, nak beli barang untuk Irfan kat Mothercare. Sementara orang lain sibuk carikan Irfan baju & seluar, Win pergi jalan-jalan kat kedai Sony tepi Mothercare tu survey TV.

Tengok spec dan harga TV Sony klv-32ex400 ni agak menarik juga.

Sementara nak fikir sama ada nak beli ke tak, kami semua jalan-jalan kat IKEA dulu. Macam biasa, IKEA mestilah ramai orang. Tengok harga rak TV sekali, kot-kot ada yang berkenan. Tapi tak ada.

Balik dari IKEA, Abah singgah kat The Mines untuk beli TV kat Sony. Hoho, tambah lagi RM100 dapat DVD Player (tu yang kat bawah, kiri. yang antenna tu duduk bertenggek atasnya tu). Not bad la player ni ada port USB jadi boleh menonton movies yang ada dlm USB Drive. Tapi TV tu pun bole sambung jadi monitor PC, boleh play any movies yang ada dalam hardisk juga.

Ooooh, terima kasih Abah. Mama juga~ ^__^

TV LCD sambung kat internal TV antenna. kahkahkah

Disebabkan kami beli TV 32 inci, jadi ada duit lebih. Abah kata, duit lebih beli TV tu boleh beli rak TV! Weehooo~

Hari Ahad tu lepas diorang semua dah balik semula ke JB, kami pergi cari TV cabinet kat area Balakong. Banyak yang menarik walaupun tak ada brand macam Lorenzo ke ape. Tapi kat Balakong hati kami tak berkenan kat harganya. Overbudget.

Jadi kami ke Serdang Raya. Jumpa rak TV yang pernah kami nak beli kat Macy tapi by the time kami ada duit, rak ni dah ada orang lain beli. Haha. So, disebabkan hati dah lama berkenan dengan yang design ni, kami setuju nak beli rak ni ‘As Is‘, ayat lain ialah beli yang display set tu lah. Adalah sikit cacatnya tapi tak apa lah, tak obvious. Kami tambah duit kami sikit je lagi kat baki duit beli TV tu untuk beli rak ni.

“You mau delivery bila?” tanya Abang Hasan, penjual perabot itu.

“Kalau boleh nak petang ni, kalau tak boleh nak petang esok.” nampak sangat teruja nak jugak delivery petang tu.

“Boleh. Petang ni boleh. Nanti kami touch up sikit, kami hantar ke rumah.”

“Boleh petang ni? Thank you~” senyum sampai nampak semua gigi yang aku ada.

Petang tu rak TV pun sampai~ kami pun terus pasang! Hohoho.

Categories: Shoutout
  1. March 1, 2010 at 6:45 PM

    Wohooooooo…LCD uuuuu..adiah uuu..hehehe

    bila nak ajak kitaorang tengok tv baru umah ko ni edot? hehe..

    • March 1, 2010 at 7:08 PM

      kahkahkah, xtahan soalan cepu mas ko ni fida. tv lcd ni kalo nk tgk, kat kedai mamak pon ade. hakhakhak

  2. March 2, 2010 at 1:26 PM

    last minute punye pilihan ni, jumaat mlm tu br terjumpe kat internet. plan asal nak beli samsung/panasonic..

    tp bile dh jumpe sony model 2010 dgn spec yg mcm ni & harge yg mcm tu.. sambar je la..

    • March 2, 2010 at 2:05 PM

      samsung design luar yg awak kate ok tu best jugak.. tp bila ingat2 balik nak kena LAP segala benda kat rumah tu, meja makan itam, rak tv itam… huhu, baguslah beli tv sony yg x berkilat tu

  3. imran
    March 3, 2010 at 1:07 AM

    gratz. nampak matching aa tv ngan cabinet.

    • March 3, 2010 at 8:19 AM

      matching? aku ingat kalo cabinet ni ade striking kaler merah, lawa sket kot. nmpk cam kete race.

  4. cikana
    March 8, 2010 at 5:38 PM

    wa..hebatnye! tu la, cik pun tertanya-tanya apa mission abah dtg aritu..rupa2 ada org dpt tv..alhamdulillah. ptg aritu masa ida msg,cik tgh kt klcc keluar beli hadiah utk baby, tp the next morning tu abah x sempat singgah umah cik. nasib baik sabtu jumpa kt kg, so dah pass hadiah tu…tp smlm rasa bersalah sbb dpt tau sabtu bday mama..ish, cik langsung x wish @ bg pape..argh! teruknye…btw ida n win, do enjoy yr new telly..n enjoy yr family, being married is great..isn’t it?

    • March 8, 2010 at 5:41 PM

      haha, hebat kan hadiah ni~ asik tengok tv je tade mase nk update blog boh cerita lain da. haha

      oh cik balik jhr ke last weekend? sori, kami pon lupa bgtau kat cik yg sabtu tu besday mama. huhu~

      thanks cik. mmg enjoy habih. weekend tu kami tdo dpn tv je.. tv yg tgk kami bkn kami tgk tv. kahkahkah

  5. eddie
    March 18, 2010 at 6:49 PM

    nice and very informative writeup keep it up.

  6. nico
    May 29, 2010 at 3:02 PM

    harga rak tv nya brp????? tq

    • May 29, 2010 at 3:07 PM

      Yang kami beli display aka last piece of it di kedai, RM900. Pernah nampak design yang sama di Macy, RM1800 tapi lepas diskaun RM1200.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: