Home > Shoutout > [E] Lepas satu, satu. Tak pernah cukup

[E] Lepas satu, satu. Tak pernah cukup

Lepas dapat satu, nak yang lain pulak. Itulah nafsu.

Yang paling ketara, lepas dapat TV terus tukar rak tv. Dari sekecil-kecil colour box yang dilintangkan untuk letak TV yang lama terus rasa tak best bila letak TV baru. Tapi tak apalah, memang ade bajet untuk beli rak tv baru pun.

Sejak ada TV baru yang boleh tonton HD  penuh (full HD) ni, rasa macam nak ada Astro Byond pulak. Barulah best boleh tengok gambar HD saluran National Geographic. Tapi HD ni tak semua bende sesuai, kang tengok filem HD punyalah gambar sharp sangat sampai nampak sangat menipunya kesan khas dalam filem tu macam aku tengok kat kedai jual TV yg pasang cite KingKong dalam HD. Erghh~

Tapi peh, mahal gile pakej Astro. Memang kaye le kome yang ade Astro. Kalau kami nak langgan pakej Astro ni, rasenye kene bawa ke meja mesyuarat kewangan dua tiga kali kut baru bole lulus. Tengoklah macam mana nanti. Eh, sadis sangat ke bila aku kata rumah aku tak ada Astro dan aku tak reti nak pasang tv rumah orang yang ada Astro? Ek eleh, ada Astro pon nak berlagak.

Pastu ada rasa nak beli Wii nak main Cooking Mama hohoho. Kalau beli PS pon ok gak, aku suka game yang menari-nari sahaja, yang game tembak-tembak tu aku penin ah nak main.

Tapi kome, ada masa ke nak main game? Aku kalau ada masa terluang je memang suke tidur sebab nak ‘membesar’. Yelah, diorang kate kalo tido siang cepat gemuk. Aku memang nk gemuk sikit dari sekarang pon jadi tak apelah, kan? Takpun banyak lagi kerja lain kena buat – sapu sampah, mop lantai, iron baju seminggu, cuci kipas, tukar cadar, sental bilik air, cuci peti ais + mikrowave, sapu wax sofa. Tu belum tugas yang wajib – memasak, basuh pinggan, berhias dan menggoda melayan Win. Ni list orang takde anak lagi ni, yg ade anak lagi panjang list-nya.

Pastu ada rasa nak beli DVD filem yang HD nak test kat tv.

Tapi peh, mahal gile orang zaman sekarang ni jual DVD cite yang gempak-gempak! Patutlah pengguna beli yang cetak rompak pastu film maker sibuk marah-marah kenapa tak beli yang original? Ek eleh.

Pastu ada rasa nak beli kereta Forte bila selalu nampak Forte kelabu gelap kat parking TechParkM’sia ni. Yang ni pun sebab TV ke? Yekot, sebab kat tv ada iklan Forte.

Alah, macam yg aku bace kat blog kawan aku tadi.. “Besar periuk, besarlah keraknya”. Kalau gaji banyak, makin banyaklah hutang sebab bila gaji banyak, nak kereta baru, nak rumah besar, nak moto besar, nak kamera besar, nak TV besar.. nak semuanyalah besar.

Kalau taknak kerak besar, beli periuk nasi yang mahal sikit tuh. Kalau tak nak banyak hutang, hidup setakat yang mampu.

Categories: Shoutout
  1. March 10, 2010 at 3:14 PM

    Wii tu kalau duit btl2 lebih, beli la.. kalau stakat ngam2 je, tak payah kot.. brapa jam sangat ko larat nk main.. sblum beli mmg semangat.. nnt dah ada, seminggu sejam pun silap2 tak pegang.. haha.. (pengalaman sendiri)..

    • March 10, 2010 at 3:19 PM

      haha, betol tu. bila aku tgk jadual harian yg diselit dgn waktu ngorok mmg tak jadi nk beli game-game ni. huhu. tgkla kot2 ada org nk bg hadiah. LOL

      • March 10, 2010 at 3:25 PM

        ala.. kalo nk main sangat meh je la datang umah aku.. haha.. actually kalau kite je yg main tak la sebest mana pun.. cuma bila adik badik, sedara mara datang, time tu baru best sbb main ramai2..

      • March 10, 2010 at 3:32 PM

        tula, kalo main dgn adik badik yg best.

  2. putrixue
    March 10, 2010 at 3:16 PM

    rumah saya pun takde Astro, but i dont feel like i miss anything..hehehe

    ibu saya kata, belanjalah mengikut keperluan…bukan mengikut kehendak…

    hari tu ada baca kat mana ntah, written by penasihat kewangan. dia kata, kebanyakan orang suka membeli benda mengikut kehendak, bukan keperluan. katanya lagi, bila berbelanja mengikut keperluan, boleh jimat duit. kita kan tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.

    anyway, saya sangat setuju dengan kamu!🙂

    • March 10, 2010 at 3:22 PM

      oh, rumah kome tak ade astro? aku ingatkn sume rumah kat selangor ni ade astro..

      setuju? yeah~

      aku cuba berbelanja mengikut keperluan sebab mmg tgh mode save duit. tp bukanlah smp jadi hamba duit, semua duit duit duit! ikut keperluan lah. agak2 perlu beli, xperlu xbeli. senang.

  3. aito
    March 10, 2010 at 3:37 PM

    rumah aku pon xde astro..usahkan astro..tv zaman kapak lak tu..kdg2 pk cm best ade astro la itu la ini la..ikut hati sme nk beli..dhla tu klu amalkn konsep alah membeli menang memakai pon payah gak..sek usha yg besar dan mahal..dgn alasan kualiti la kunun..hihihi..at the end xbeli2 jugak..sbb xmampu.kehkeh.

    • March 10, 2010 at 3:44 PM

      oh ramai jugak tade astro ni.

      tula, kalo ikot ati semua pon nak yg besar. yg best. tp kalau tak mampu, x brani ah nk beli.

  4. drMpower
    March 17, 2010 at 1:26 PM

    full HD edot?

    tak semua yg leh channel full HD effect tu. infact, aku pun tak subscribe pada full HD punya bandwagon ni.

    bagi aku full HD tu satu penambahbaikkan je. minor. bukan major macam tv colour dari black n white.

    maksud minor tu, kalau takde full HD pun, still kita boleh tengok je cite tu. infact, takde beze nye pun. melainkan kalau kita betui2 taksub pada benda2 yg partikel nye detail.

    tapi LED tv IS THE NEXT BIG THING. still, its minor jugak for me. try letak satu LED TV. satu mana2 tv full hd ke ape2 je yg ko ndak.

    memang sangaaaat beza`

    • March 17, 2010 at 1:30 PM

      itulah aku tak subscribe pon, even pakej tanpa HD pon tidak.

      alah, HD ni tak nmpk beza tuk tv 32inch. lainlah kalo 52inch ke atas baru mahsyuk tgk tv.

      LED TV menarik, tp harge x boleh blah, PakRoy kata kat korea murah je x mahal cam mesia. ah, aku tak kisah sgt tv mivi ni, sebab tengok tv pon 4jam sehari.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: