Home > Whatever > [E] Jangan sedih kalau tak banyak A

[E] Jangan sedih kalau tak banyak A

Keputusan SPM keluar semalam. Rakan sekerja yang duduk sebelah aku baru selesai telefon adiknya yang baru dapat slip keputusan.

[E] : H, how’s your brother’s result? Berapa A?

H: Eleven.

[E] : Wow. Out of how many subjects?

H: 12.

[E] : Then, another one?

H: He got A minus.

Peh. Teringat aku dengan keputusan SPM tahun 2000, tak banyak A macam tu. Sikit sangat, boleh kira dengan jari sebelah tangan-lah dan kalau pun tangan tu beberapa jari putus sebab main mercun masih boleh kira berapa banyak A aku dapat.

Musnahlah cita-cita aku masa tu nak jadi doktor, sebab konfem tak boleh dapat masuk medic course dengan result buruk macam tu aku habaq hang~ Sedih? Taklah sangat, sebab aku memang takut tengok darah pon.

Dengan berbekalkan slip yang sangat-sedikit-A-tapi-ada-baaaanyak-B-dan-huruf-lain-tak-ada, aku masuk course Sains Komputer. Alah, course yang ade orang pandang hina tu. Ek eleh, course aku pon nak pandang hina macamlah course dia amik tu hebat sangat.

Masa tu aku jumpa kawan yang bilangan A dalam keputusan SPM sama banyak sikit dengan aku. Kami sekelas dan selalu sekumpulan untuk tugasan dari diploma sampailah ke degree. Adeh, aku rasa malu bila cerita part ni sebab aku selalu mengelat dalam kerja berkumpulan, kawan aku tu yang selalu buat kerja, aku cuma present je. Ye, boleh kutuk aku sekarang.

Tapi apapun yang aku nak cerita ni habaq hang, kawan aku tu grad dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Dan aku juga kena tempiasnya. Maknanya, orang yang dapat sikit A masa SPM dulu tak semestinya harapan habis takat situ saja. Kalau belajar elok-elok masa diploma @ degree, InsyaAllah boleh dapat kelas pertama habaq hang~

Jadi jangan putus asa bila tak dapat banyak A masa SPM, tau?

Bukan nak kata SPM tu tak penting. Slip keputusan SPM tu macam tiket nak masuk course mana & universiti mana. Penting hang tau dak? Main point aku nak habaq hang, jangan sedih kalau tak dapat banyak A dalam SPM.

Tapi ni ada satu perkara lagi habaq hang, orang yang dapat Ijazah Kelas Pertama dengan Anugerah DiRaja segala apa tu pun tak semestinya yang terbaik dalam golongan course dia. Pasai pa, aku pernah jumpa dengan mereka yang dapat Kelas Pertama Sains Komputer tapi secara teknikalnya mereka tak pandai buat programming habaq hang~ Betoi kot kakak aku kata, depa ni rajin menghafal sebab tu dapat skor ujian bertulis.

Jadi, kalaupun hang belajaq elok-elok tak dapat Kelas Pertama pun tak apa, janji boleh buat kerja dengan baik.

Categories: Whatever
  1. putrixue
    March 12, 2010 at 1:50 PM

    ceq setuju ngan hang..dulu ceq pun kurang A gak dalam SPM..ceq blaja dari kesilapan..tebus balik kesilapan lalu..walaupun kita ni orang IT je, tapi IT merupakan antara backbone sesebuah negara…chewwwahhh!!!!

    berbanggalah dengan kejayaan kita hari ini nooo…

    • March 12, 2010 at 1:52 PM

      haa, see~ satu lagi bukti yg walopon bilangan A sikit tapi boleh berjaya dalam kerjaya dan insyaAllah dalam hidup jugak.

      IT dah penting laa ni… bolehla kita nak cari makan dgn IT. alhamdulillah

  2. March 12, 2010 at 2:43 PM

    Aku dapat 3A ja wei spm.. haha.. (pengakuan sungguh ikhlas)

    • March 12, 2010 at 3:02 PM

      hey~ buat apa hang p bagitau berapa A aku dapat?? hahaha

  3. March 15, 2010 at 11:58 AM

    erk… aku pon 3A jek

    • March 15, 2010 at 12:04 PM

      geng lah!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: