Home > Whatever > [E] Surat cinta untuk F

[E] Surat cinta untuk F

F,
Saya masih ingat Win yang kenalkan saya pada awak di Internet. Sejak dari itu, saya mula sukakan awak. Saya cari awak di Facebook, tengok gambar-gambar awak, baca blog pasal awak. Saya hendap awak.

F,
Saya rasa saya sukakan awak. Bukan setakat rasa, saya tahu saya betul-betul sukakan awak. Saya tahu saya tak patut rasa macam ni sebab saya dah berpunya. Dia yang selalu teman saya ke pejabat setiap pagi dan pulang dengan saya setiap petang. Walaupun depan mata saya ada dia, tapi hati saya selalu teringatkan awak. Nak buat macam mana?

F,
Kalau awak nak tahu, setiap pagi saya cari awak di TPM dan berharap awak ada di sana. Hati saya berbunga bila nampak awak. Barulah ada semangat nak bekerja untuk hari itu. Kalau tak nampak awak, saya tak senang hati. Saya ingat awak ponteng kerja.

F,
Ramai orang tanya kenapa saya tak beritahu isi hati saya pada awak dan tak ajak awak keluar berjalan-jalan? Sebenarnya saya malu. Saya juga takut saya terus jatuh cinta dengan awak kalau kita keluar bersama nanti. Macam mana dengan si dia? Mesti dia kecil hati.

F,
Ramai yang kata awak tak cukup baik. Ada yang kata lebih baik saya suka pada yang lain. Tapi, tak tahu kenapa.. awak juga yang yang menjadi pujaan hati saya.

F,
Saya pernah bagitahu pada Mak pasal perasaan saya terhadap awak. Mak tak marah pun. Malah dia kata dia akan doakan kita bertemu jodoh.

F,
Kalau ingin miliki awak, saya kena bagi hantaran sekurang-kurangnya 8ribu. Eh macam cerita Hindustan pulak, perempuan yang bagi dowry. Tapi saya takut saya tak mampu bahagiakan awak. Saya juga takut kalau dikecewakan oleh Mama awak. Yelah, saya ni bergaji tak seberapa dan mungkin tak mampu nak sara awak dengan satu pertiga dari gaji bulanan saya.

F,
Ingat tak masa kita berjumpa di MidValley dulu? Tak ingat? Mungkin awak tak perasan kut saya sebab masa tu ramai sangat orang. Kat MidValley pun saya ada suka pada Abang M dan Abang H, tapi rasa suka saya pada awak lebih hebat. Gambar kat bawah ni saya tangkap masa kita berjumpa di MidValley hari tu. Dapat tangkap gambar dengan punggung awak pun saya dah gembira.

Sekarang awak ingat tak siapa saya?

F = Forte. M = Mazda. H = Honda.

Categories: Whatever
  1. putrixue
    March 26, 2010 at 8:44 AM

    cepat lah booking🙂

    • March 26, 2010 at 10:01 AM

      aih, risau permohonan ditolak. TT_TT

  2. March 26, 2010 at 9:27 AM

    Aku dah agak dah.. hahah..

    • March 26, 2010 at 10:01 AM

      haha. part mane baru ko sedar?

      • March 26, 2010 at 10:03 AM

        hantaran..

      • March 26, 2010 at 10:12 AM

        kalo camtu aku nk edit lah. tukar turutan paragraph. haha

  3. March 26, 2010 at 10:23 AM

    hik….hik… angau teruk da nii

    • March 26, 2010 at 10:31 AM

      sangat terok. tapi semua yg kita impikan tak semestinya kita dapat. jadi sabooo jeleerrr

  4. March 26, 2010 at 7:52 PM

    Aku pun berkenan kat gak kat F..sekali tengok dia meluncur kat atas jalan..fuhh… Tapi hati aku masih setia ngn H..insyaAllah takde galang ganti dah kut…erkkk

    • March 26, 2010 at 9:45 PM

      haha, ko pon teruja bila tgk F kat jalan ke? alah, H ko dah cukup hebat tu. boleh bawa jalan jauh2

  5. drMpower
    April 1, 2010 at 12:08 PM

    8 ribu tu kalau yg full spec nyer. 9.3k kalau yg top of the range 2.0Litre.

    utk yg basic 7.3k jah donpemen.

    booking skarang, 4-5 bulan lagi baru dapat. takkan takley impun sikit2…

    keh keh keh

    • April 1, 2010 at 1:04 PM

      haha, lagi 4-5 bulan nak pakai duit tuk projek lain.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: