Home > Whatever > [E] Boleh ke aku jadi macam depa ni?

[E] Boleh ke aku jadi macam depa ni?

dark
Pernah satu hari anak sedare aku si Nana tu panjat motor yang park depan rumah kami kat kampung. Dia tu kecik je baru umur 6 tahun. Entah macam mana gaya dia beraksi atas motor tu, tiba-tiba terjatuh. Sekali dengan motor pun tumbang.

Kami yang dengar bunyi motor jatuh cepat-cepat pi tengok apa dah jadi. Yang hairan bin ajaibnya budak tu tak nangis, agaknye rasa takut kene marah sebab motor jatuh lebih hebat daripada rasa sakit jatuh tu sendiri kut?

Dalam hati aku dah keluar dah perkataan marah cuma tak sampai kat tekak je nak keluarkan. Mane taknye, wing motor tu patah. Dahlah motor tu arwah Pa yang punya – sentimental value tu, mesti Ma sedih tengok motor tu rabak.

Tapi soalan yang keluar dari mulut Mak buat aku terkedu, tak jadi nak marah budak kecik tu.

“Nana, kamu sakit tak? Luka kat mana-mana tak?”

Tengok hati seorang mak. Dia mesti tanya budak tu ok ke tak, baru tengok motor tu ok ke tak.

Tapi aku? Awal-awal lagi dah gagal. Pentingkan motor daripada keselamatan budak tu.

Satu lagi kisah yang menyentuh perasaan.

Masa aku training kat India 4 bulan, Win tinggal sorang-sorang kat mesia. Pergi kerja sorang-sorang, makan sorang-sorang, naik motor sorang-sorang. Eh, Hubby masa tu awak tak cari gefren lain kan masa saya tak ada???

Satu hari balik dari kerja, Win eksiden motor jatuh tertonggeng-tergolek-terseret bila die terlanggar mamat motor yang main SMS masa menunggang motor. Jahat punya orang! Dahlah main SMS pastu menyusahkan orang lain pulak sampai terkoyak baju seluar Win tau?

Tapi Win tak bagitau kat aku pun pasal eksiden tu pada hari kejadian. Katanya tak nak aku risau.

Bila aku dah balik mesia, baru aku nampak ade kesan luka dan dia pakai baju koyak masa eksiden tu. Win pun ceritalah pasal kejadian. Ayat penutup cerita tu berbunyi begini,

“Masa eksiden tu dalam hati saya cakap nasib baik awak tak naik motor dengan saya, kalau tak mesti awak pun jatuh motor sekali.”

Rasa terharu habaq hang bila Win cakap macam tu T_T.

Dalam hati aku fikir kalau aku kat tempat dia masa eksiden tu, mesti aku cakap “Kenapalah aku tak bonceng Win? Takdelah aku sakit sorang-sorang…”  Jahat kan? Selfish kan? Gagal.

Kalau selfish macam Edot, boleh jadi mak orang tak agak-agak?

Selingan.

Pada satu pagi Sabtu yang nyaman, aku bangun tidur dan terus menonton TV sambil berbaring di sofa. Nikmat betul kehidupan di pagi Sabtu. Perut kosong berkeroncong pun tak apa, janji aku dapat layan kartun kat TV. Dah bosan berbaring di sofa, aku berguling-guling atas karpet pula. Oh, bahagia. Sungguh bahagia di pagi sabtu tak payah kerja. Tiba-tiba,

“Haih, kalau macam nilah perangai, macam mana nak jadi mak orang?” Tegur lelaki yang juga perutnya kosong minta sarapan.

Ah-lah-mak, aku terlupa yang aku bukan bujang lagi. Sorry Hubby.

Categories: Whatever
  1. andy-kun
    April 2, 2010 at 5:59 PM

    learning is a progress..

    • April 2, 2010 at 11:12 PM

      huhu, baiklahhhhh

  2. April 3, 2010 at 8:57 AM

    Hehe..part last tu aku suka.. Dah dah..pi buat bekfes…

    Edot,barang kan boleh dicari…kalau orang, tiada ganti..ko penah tulis kat aku kan, masa aku eksiden 2 tahun yang lalu… aku ingat lagi…

    • April 3, 2010 at 9:43 AM

      haha tula. kadang-kadang logical thinking aku x betol agaknya. kene modify sket logic kat otak aku ni kut??

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: