Home > Whatever > [E] Baca entry ni pasti muke berkerut

[E] Baca entry ni pasti muke berkerut

Dulu arwah Opah selalu buat bahulu. Sedap gile bahulu Opah buat, lembut pulak tu.

“Opah, nak bulu Pah! Nak bulu.” kata sepupu aku sambil tunjuk kat tin biskut tempat Opah aku isi kuih bahulu yang dah siap.

“BAHULU lah. Bukan BULU!”

Kahkahkah. Sampai sekarang kami bantai gelak kat sepupu aku tu sebab nak ‘bulu’. Ape ke hei?

Itu intro je, sebenarnya nak cerita benda lain iaitu kaedah membuang bulu. Sebelum ni guna pencukur, omputih panggil shaver tapi sejak bace blog siapa tah dia cadangkan suruh cuba wax, maka aku pun rasa ingin cuba lalu membeli satu set percubaan wax strip jenama Nair kat Giant.

Set percubaan tu cuma ada wax strip untuk muka, bawah lengan dan kaki. Yang garis bikini (bikini line) tak ada. Tak berani ah. Takut sakit tak tahan. T_T

Pernah try wax tak? Tahu tak wax tu rasanya macam mana? Bukan suruh makanlah, suruh lekat-dan-tarik! Kalau tak pernah cuba mesti orang kata “Wax? Sakit kan? ” Memang. Sakit. Sikit.

Masa first time tu aku pun takut. Mula-mula test kat kaki. Taklah sakit sangat, masih boleh tahan. Lekat. Gosok. Zapp! Lekat. Gosok. Zapp! Tarik wax lawan-arah-bulu-kaki-tumbuh. Peh, hasilnya kaki yang licin tanpa bulu habaq hang~ Kalau yang lelaki dah bosan bulu kaki yang panjang & kerinting, bolehla cuba wax! HAHAHA.

Masa untuk wax bawah lengan pula jeng jeng jeng! Bahagian ni paling mencabar sebab tak nampak dan kat sini biasanya 2 arah, atas dan bawah. Disebabkan wax kena tarik arah-lawan-bulu-bawah-lengan-tumbuh so kena Zapp 2 kali, 2 arah tau? First time, agak sakit. Tapi taklah sampai keluar air mata.

Lekat. Gosok. Zapp! Lekat. Gosok. Zapp! OUCH.

Tapi jangan risau, rasa sakit boleh dikurangkan kalau tekan bahagian yang baru di-wax-kan dengan tapak tangan. Kalau nak buang lebihan wax pada kulit, guna baby oil. Kalau sental dengan sabun 15 kali pun takkan hilang OK? Sila guna OIL. Aku guna olive oil, ok je.

Cuba tengok hasil kutipan wax pada waxstrip. Semuanya tercabut sampai akar. Tapi jangan tengok lama sangat, nanti geli.

Beza wax dengan cukur memang ketara. Kalau cukur, lepas sehari dua nanti tumbuh balik kan? Kini tidak lagi jika guna kaedah wax! Proses pembuangan ini boleh dilakukan 3-4 minggu sekali. Sekejap pula tu. Paling ketara bila lihat bawah lengan. Yang tumbuh tu makin berkurangan dan tak ‘sekasar’ dahulu. Memang puas hati ah. Set percubaan tu dah habis, sekarang aku guna jenama Veet.

Tak percaya, cubalah. Tapi pastikan baca cara penggunaan dahulu sebelum mula wax. Jangan guna pada kulit sensitif (contohnya muka yang guna produk yang menyebabkan pengelupasan) kalau takut nanti muka berparut macam aku bila wax facial hair atas bibir, bukan setakat facial hair tapi dengan kulit sekali pun tercabut.. HAHAHA.

Categories: Whatever
  1. April 5, 2010 at 9:52 PM

    Memang berkerut pun…hahaha…

    berkerut sebab leh bayangkan sakitnya nak buang bulu..erkk guna wax, walaupun tak pernah guna..erkk ..

    • April 5, 2010 at 9:54 PM

      haha, berkerut kan? dah agak dah. haha, kalau cabut satu-satu pun sakit juga sikit. amik masa juga. kalo guna waxd, sekali harung jek. huhu.

      xde keje, pasal wax pon nk cerita. HAHAHA

  2. zulia
    April 5, 2010 at 10:02 PM

    wah..bagus2. pasni bole try.
    dlu penah try wax kaki sendiri, tp x sanggup nk tarik. haha.
    pastu buat kt kedai kt bangsar, die charge rm30 je kot for both half legs.
    skang da malas.. shave ajer..
    tp nk try lah!!
    anda macam promoter pulak. bagus2…😉

    • April 6, 2010 at 7:34 AM

      zulia, here’s the trick. ask ur hubby to help u with the first ZAPP. sebab mmg betol, first strip tu memang takut, kan? tak sanggup nk buat. tapi kalo org lain buat dan teknik betol (tarik rapat dengan kulit & lawan arah bulu tu tumbuh) mesti OK punya.

      mahal gak eh tuk 2 batang kaki, sparoh plak tu = RM30. tp org buatkan semua, ok kot.

      haha, kalo nk try i suggest start with wax strip trial kit.

  3. June 30, 2011 at 8:43 PM

    brp lama nk kena gosok?

    • July 4, 2011 at 9:41 AM

      sampai wax strip tu rasa suam atau lebih panas dari suhu bilik. barulah senang nak bukak waxstrip yang melekat tu🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: