Home > Whatever > [E] Angan-angan nak kulit lebih cantik

[E] Angan-angan nak kulit lebih cantik

Hoho.. asal hujung bulan je pandai betul Cosway hantar katalog diorang kat umah aku. Aku pulak jenis yang cepat terpengaruh, asal tengok iklan cantik sikit mesti nak beli. Sebab tu aku tak boleh ada kad kredit sebab selalu membeli membawa hati tapi tak bawa otak bersama-sama.

Aku beli Liquid Chlorophyll ni dari Cosway sebab kat katalog kata minum benda ni 2 kali sehari dapat membantu hilangkan bau kurang enak pada badan dan mulut. Juga ada anti-oksida, boleh bantu jadikan kulit lebih sihat. Panjang lagi list pasal kebaikan benda ni yang tulis kat situ tapi yang penting… beli 2 free 1!

Mula-mula takut juga nak beli 2 sebab risau rasa bende alah ni tak sedap! Jadi beli satu dulu nak cuba, RM21.50 / 500ml. Kat kotak kata jangan bancuh dengan air suam @ panas, makanya aku bancuh 1 sudu besar cecair klorofil ni dengan segelas air sejuk. Wow!! Boleh tahan juga rasa dia, tak bau apa-apa. Adelah kot kelat sikit. Kaler dia hijau macam dalam gambar tu lah. SEGER!

Baru hari ke-3 aku minum benda ni, boleh kata tak rasa efek dia lagi. Tapi ada kot rasa tak penat sangat balik kerja sebab masuk je rumah aku on Wii main Mario Bros. Haha.

Pastu masa beli-belah kat Giant, aku ‘pau’ Win krim malam Olay White Radiance ni sebalang sekali dengan pencuci muka. HOHOHO. Kena jaga muka ni sebab sekarang muka Win lebih licin dari muka I tau T_T. Mak mertua I pun pakai range Olay White Radiance ni rasanya, tu yang muka dia nampak muda dan cantik je. Huhu.



Krim ni agak berminyak. Senang disapu pada kulit muka, bau boleh tahan. Tapi mungkin tak sesuai sangat kut tuk muka aku yang memang berminyak ni tapi ehh takkan lah tak nak pakai pulak dah beli RM54.90 sebalang?? Lagipun kalau kulit kering nanti cepat berkedut lah. Demi nak muka nampak glow in the dark, eh glowing-glowing segala pakai sajalah.

Baru pakai krim malam tu 3 kali jadi tak nampak efek lagi. Tunggu nanti aku tulis review pasal krim tu bila dah seminggu dua pakai. Kalau krim tu bagus, boleh konsider nak beli Olay White Radiance Brightening Serum pulak tak, Hubby? hikhikhik gelakgedik.

Kenapa aku sibuk nak kulit cerah dan sekata? Mestilah beb sebab sekarang muka banyak parut jerawat, wajah kusam dan liang pori yang besar ni nampak tak berseri lah. Kang Win tengok pun takde selera nak makan nasi. Muka Win licin berseri walaupun tak pakai apa-apa produk kecantikan. Jeles.

Categories: Whatever
  1. aito
    April 7, 2010 at 12:44 PM

    aku pon pengguna olay gak..olay total efek.memandangkn dh msk 25 ke atas.kene cegah penuaan..kononya la..
    p alhamdulillah aku trima good comments dr org lain yg tgk setelah aku pakai..p pd pndgan aku yg dok telek muka sniri hari2, aku xrs pape pon..sama jek..hahaha~.
    so ko suh la sesapa tgk muka ko sebelum and selepas sebulan dua..hihihi

    • April 7, 2010 at 1:13 PM

      oh sama lah kite, aku dah gune total efek sejak umor 23tahun. hahaha. mule2 pakai ok, tp sbb kulit muka sgt sensitip, acne prone kene pakai natasya kejap.

      tulah, aku nk soh win tilik muka ni tgk ade beza ke x lps pakai krim malam olay ni

  2. April 7, 2010 at 8:08 PM

    Aku cuma pakai sabun amoorea…3 dalam 1… tooner,moisterizer n pencuci… alhamdulillah, kawan2 sekeliling kata ada perubahan walaupun aku tengok wajah aku maintain cun je..hahahah…

    Edot, aku pun sama, kulit sensitif..berminyak, parut jerawat pun ada, jerawat pun kadang2 tumbuh gak seposen dua..tapi ada orang kata,lepas kawin muka licin, jerawat tak tumbuh dah..iyer ke edot?…ko adalah buktinya..aku dapat tengok kesannya…

    • April 7, 2010 at 9:46 PM

      hoh amoorea? wow, beli kat toko yang jual sabun natasya eh? aku pakai natasya tuk hilangkan parut jerawat yang sangat banyak, alhamdulillah parut hilang sblm kawen so senang sket mak andam nk mekap. haha. skrg nk stop natasya sbb yg tu menipiskan kulit T_T.

      huhu samela masalah kite. ala, lps kawen kalo stress pasal keje pon jerawat tumbuh gak. hakhakhak

      • April 9, 2010 at 6:17 AM

        Aku beli ngn adik aku..dia yang promote..tak masuk toko pn:D..

        lps aku beli tu, aku tengok ada pulak sabun yang ala2 mcm tu kuar..nama dekat2 sama pulak tu..euumorea la..bar emora la..haihh

  3. April 8, 2010 at 5:00 PM

    dot,kita sama. skin problem..sgt sensitif. bezanya aku xkawen lagi. ni kena kawen cecepat ni. haha. malu siot bila muka chenta hati kita lagi bersih dari kita. aku pong rasa yg sama macam ko. huhu. dulu aku pakai olay total white ok. then aku stop jap tukar lain. dr recommend kalu oily skin pakai water based n kena rajin cuci muka slalu.

    skang ni aku just pakai krim yg dr bagi je . huhu.

    • April 8, 2010 at 5:05 PM

      oh yeke ruby? huuu, susah ati betol kalo boyfren kulit lagi mulus dari kite, kan? tula aku sebok nk repair kulit ni.

      haah, olay sgt berminyak tp sjk aku pakai olay white radiance ni, muke x myk sgtlah. mebi sbb pakai bedak kot. kihkihkih

      wah, jumpe doktor, aku x jumpe doktor tp sebarang je g beli produk nk hilangkan parut. dulu adalah g wat treatment muke kat kedai, ok gak lepas tu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: