Home > Tips > [E] Soal Jawab bersama Kak Edot

[E] Soal Jawab bersama Kak Edot

Semalam aku buka website Kotex ni lepas tengok iklan dia kat TV malam tadi. Baca segment Mitos Terbongkar. Maka aku habiskan masa malam tadi dengan ketawa hikhikhik bila baca mitos adik-adik ni.

8. Sentuhan lelaki pada payudara perempuan dapat merangsang pembesaran payudara.

Dik non, kalau ade lelaki cuba guna modal ni nak ‘pegang’ adik dengan alasan tu jangan percaya. Ni semua taktik je dik. Kalau ini betul, lingkuplah bisnes orang yang jual sabun/krim membesarkan payudara.

14. Saya dengar kalau perempuan berpegang tangan dengan lelaki ini akan menyebabkan kehamilan betul ke?

Haha, kalau macam ni ramai orang buang anak gamaknya dik non sebab ter-pegang tangan lelaki pastu ter-hamil pastu tak tahu nak buat apa. Adik, kat sekolah ada belajar Sains Tingkatan Tiga bab 13 tak? Persenyawaan manusia tak berlaku macam tu dik. Mungkin, pendidikan seks perlu diajar pada usia yang lebih muda?

15. Semasa datang period kita dilarang mencuci rambut.

Eh Dik non, habis tu kalau rambut dah busuk atau berminyak takkanlah nak simpan sampai habis period baru nak cuci? Nanti rambut mengerbang macam hantu, mak ayah tengok pun takut dik. Takde maknanya orang kata kalau cuci rambut tu boleh hentikan period. Jagalah kebersihan diri.

23. …kalo you all x pkai dedorant or perfume,the boys akn dpt bau drh haid kita2 tau..malu tak kalo mcm tu??apatah lagi diowang tuh boyfren kita…huh!!abis bf kita xska kn kta…pstu kna putus..sedih??mgkn kot..sesetengah girls tntu sedih..so..utk elakkan kita malu dpn org rmai or bf kita sndir…jadilah lebih wangi dri yg biasa utk menutup bau2 drh haid kite..walaupon bau tu x brapa kuat..walau sedikit bau yg keluar,kita ttp malu!

Dik non, datang bulan tu perkara normal malah kalau tak datang tu memang masalah besar jika belum berkahwin. Tak kiralah period atau tak, memang kena jaga kebersihan diri supaya bau badan tidak mengganggu ketenteraman orang sekeliling kita. Kenapa pula budak lelaki nak putuskan hubungan dengan gefren dia kalau dapat tahu gefren dia datang bulan, kan tu maknanya budak perempuan tu normal? Lainlah kalau budak lelaki tu suka kat budak lelaki juga, mungkinlah kot dia guna alasan tu untuk putuskan hubungan. Adik, kalau takut berbau kat ‘situ’, rajin-rajinlah tukar pad.

32. Bila lelaki dan perempuan saling menenung mata,selama 3 minit berturut-turut, automatik akan jatuh cinta.

Wah, kalau macam tu susah lah cikgu-cikgu kat sekolah dik non. Asal Cikgu Din masuk kelas je, budak-budak perempuan semua jatuh cinta kat cikgu tu. Kesianlah kat isteri Cikgu Din.

111. Selalunya senggugut dapat dihilangkan bila kita sudah berumahtangga!

Mitos ni busted-lah Dik non. Kak Edot dah kahwin tapi masih senggugut tiap-tiap bulan, tau? Tak cukup kalsium & zat besi gamaknya, tu yang cramp kat bahagian bawah perut bila datang bulan.

185. Kentut menyebabkan buasir..

Hoh, siapa kata? Kalau jenis kentut keluar api mungkin-lah kut?

191. Dalam seminggu kamu tidak pernah lagi membuang air besar,itu bermakna kamu tidak akan datang haid buat selama-lamanya………

Yang ini siapa yang reka? Kalau tak buang air besar tu masalah penghadaman kena jumpa doktor. Atau beli Fabermax.

333. Curi seluar dalam lelaki ,secara diam-diam, basahkan dan sapu kan dimuka. bagi menghilangkan jerawat.

EHHHHHHH??? Nasib baik muka Kak Edot ada jerawat Dik non. Ini menunjukkan yang Kak Edot tak pernah membuat perkara terkutuk itu. Walaubagaimanapun, tak payahlah curi seluar dalam orang lelaki ni dik non. Takut-takut tuan punya seluar dalam tu ada kurap pastu dik non sapu kat muka, kurap naik kat muka dik non pula. Niat nak cantik, tapi tengok-tengok kurap yang naik. Baik jangan buat dik non. Pakailah produk yang jual kat kedai tu mahal sikit tak apa asalkan berkesan.

Categories: Tips
  1. April 9, 2010 at 12:00 PM

    bongokksss…gelak siot aku baca…sape y wat mitos ni…cam bodo pn ader…cian tulla…

    • April 9, 2010 at 1:08 PM

      haha ejan, ko bacelah kat link Mitos Terbongkar aku letak kat atas tu. aku bace dah beratus-ratus mitos semalam, tapi gelak pelan-pelan sebab Win tido.

  2. imran
    April 10, 2010 at 7:38 PM

    patut tak aku hafal Q&A ni?

    • April 10, 2010 at 8:23 PM

      ko nak hafal buat apa bukan org nak tanya masa interbiu kerja pon. LOL.

      tapi kalo awek ko nanti sebut pasal mitos ni, ko boleh jawab gune Q&A ni😛

  3. April 10, 2010 at 8:31 PM

    Aduhhh pening aku bc soklan2 tu…hahah…
    ni budak tadika ke yang tanya edot?erkk…

    yg tak tahan soklan pegang tangan tu la..sakit dada aku tahan gelak..kuikuikui

    • April 11, 2010 at 1:04 AM

      aku tak pastila diorg yg tulis kat segmen mitos ni umor bape tapi berdasarkan cara ejaan so-called-terkini tu, aku rs dorg ni belasan tahun.

      banyak lagi yg mengarut kat website mitos tu, ni aku amik yg biase2 aje.

      ps: ade sorg tu tulis, “jangan pinjam seluar dalam abang @ ayah kamu, nanti kamu mengandung.” yg ini memang tak tahannnnn KAHKAHKAH

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: