Home > Shoutout > [E] Hari Ini Hari Bumi 2010

[E] Hari Ini Hari Bumi 2010

earth day 2010

Credit to collegecandy.com

Oh yalah, hari ini 22 April ialah Hari Bumi 2010 atau orang putih sebut Earth Day 2010. Kalau Earth Hour kita bergelap selama satu jam, maka hari ini kita bergelap selama satu hari? Oh tak semestinya. Tapi apa kata kalau hari ini kita cuba buat sesuatu yang baik untuk bumi.

Kalau tak dapat menyelamatkan bumi, kita cuba mengurangkan kesengsaraan bumi pun jadilah.

  • Contohnya, hari ini aku kurangkan penggunaan elektrik di rumah. Daripada panaskan makanan dengan mikrowave, tadi aku panaskan guna dapur gas. Haha, guna gas jugak. Bahan asli. -__-! Tapi yang penting~ tadi aku tinggalkan rumah tak biar kipas terpasang.
  • Bawa bekal ke pejabat. Maka hari ini kuranglah satu penggunaan/pembuangan bekas polisterin.
  • Naik kenderaan awam ke tempat kerja untuk mengurangkan pelepasan karbon. Errk, yang ini aku tak buatlah sebab tadi dah terlewat nak ke tempat kerja.
  • Guna beg kitar semula semasa membeli belah. Yang ini aku dah lama dah buat, bukan setakat hari ini saja.
  • Asingkan sampah yang boleh dikitar semula (plastik, gelas, kertas) dengan yang komposit (lebihan makanan). Yang ini pun dah lama dah buat.

Apa perkara yang korang buat untuk selamatkan bumi pada Hari Bumi 2010 ini?

Categories: Shoutout
  1. aito
    April 22, 2010 at 10:21 AM

    gmbr bumi itu comel…=)

    • April 22, 2010 at 12:26 PM

      haha.
      tapi itu bukan isu utama la skrg -__-

      • aito
        April 22, 2010 at 12:47 PM

        klu kita jaga bumi kite..
        mesti bumi kite akan comell seperti itu kan..
        ni klu kt kl ni time org edar flyer jek..pehtu mesti sepah2 je buang merata2..xde sivik.mana la nk comel..comot je memanjang.huhu~

      • April 22, 2010 at 12:58 PM

        haah la, mcm aku kalo dpt flyer simpan bawa balik rumah sebab nanti kupas bawang leh wat bungkus kulit bawang senang nk buangšŸ™‚

  2. imran
    April 24, 2010 at 4:25 AM

    kalau tak salah aku, panaskan mknn dalam microwave lagi efisien dari pada pakai dapur gas.

    • April 25, 2010 at 7:12 PM

      oh yaka kalau macam tu tak patutlah aku rasa bersalah kalau panaskan makanan dalam mikrowave ^__^

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: