Home > Whatever > [E] Hujung minggu punya cerita

[E] Hujung minggu punya cerita

Jumaat & Sabtu kena pergi team building kat PoGH fuh aktiviti memang best-lah. Tempat tinggal pun best ada bath tub HAHA jakun kan? Yelah bukan selalu aku dapat mandi berendam melunjur kaki – dulu kecik-kecik muatlah nak masukkan badan berendam dalam besen kat bilik mandi kampung, sekarang mana muat dah. Satu bilik hotel kongsi 2 orang tapi orang yang sepatutnya jadi teman sebilik aku tak datang maka syioklah aku senyum sorang-sorang bila fikir “Malam ni boleh seludup Win masuk bilik hotel senyap-senyap hikhikhik”, JAIS tak boleh tangkap punya HAHA.

Jumpa kawan baru dan berkenalan dengan orang lain selain yang dok ada kat ofis jadi memang tu lah aku suka. Ahli kumpulan aku pun gila cool, dah kerja kat tempat ni lama dah senior segala pun tak sombong berlagak @ tak nak ambil bahagian. Bestlah team aku walaupun tak banyak pertandingan yang kami menang. Nak tahu nama kumpulan kami apa? Blue Stars. Pastu bendera kumpulan kami lukis awan kat tengah-tengah & keliling awan tu kami lukis 7 bintang mewakili ahli kumpulan, sangat kebudak-budakan kahkahkah. Cheer kumpulan kami, “What’s gonna work? TEAMWORK!!”. Familar? Mestilah, ini kan lagu Wonderpets.

Tapi malam tu aku tak seludup pun Win masuk bilik hotel yang ada tub mandi tu, malah aku yang pulang ke rumah sebab Mak + Pak mertua nak datang melawat TV yang diorang belikan, eh nak pergi kenduri kahwin kat Putrajaya. Ciri-ciri menantu kesayangan kena ada beb, kenalah rajin sikit dok rumah. Tapi kantoi juga, sarapan pagi esoknya lambat bangun sebab ralit main Wii dengan Haziq (adik win yang kurus sekali, eh yang kecil sekali) sampai lewat malam maka mak mertua yang masak air buat teh O panas. Kami laki bini belikan roti canai.

Sabtu, team building habis pukul 2 ptg. Kami semua pergi Mines beli Wii Fit Plus dan si Haziq beli Spore Hero. Wii Fit Plus memang best!! Lagi banyak aktiviti & fungsi berbanding dengan Wii Fit. Abah & Mama pun berasa sangat terhibur menonton Win bermain Wii Fit Plus ini. Kalau korang nak rasa macam mana seronoknya menonton orang main Wii Fit, korang try beli satu pastu korang suruh kawan korang main😛

Ahad, kami semua pergi ke Nilai3 untuk belikan Irfan (anak sedara pertama adik beradik sebelah Win) kereta kawalan jauh yang boleh dipandu budak. Tapi kalau pergi Nilai3, jarang sekali orang pulang dengan cuma satu benda dibeli. Mesti alang-alang nak angkut karpet sekeping dua tapi Abah angkut 4. Mama beli set teko+cawan kat kedai decoupage. Aku pula beli set cawan sebab kat rumah tu betul-betul kurang cawan, sampai Haziq pun komplen.

Oh sangat panjang karangan hari ini. Kalau korang baca sampai habis karangan ni memang tere.

Categories: Whatever
  1. waninan
    April 26, 2010 at 11:36 PM

    aku bace sampai habis!!!😀

    • April 27, 2010 at 9:48 AM

      ho ho ho, tere tere. tapi tade hadiah lah😛

  2. ruby
    April 27, 2010 at 9:14 AM

    ye! aku terror

    • April 27, 2010 at 9:49 AM

      tahniah tahniah ruby! mmg tere. sanggup korang habiskan masa membaca bende alah ni. hahaha😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: