Home > Whatever > [E] Bicara dengan Jin-dot

[E] Bicara dengan Jin-dot

“Kenapa kau tak beli je kereta baru? Kenapa kecoh-kecoh kat blog tapi tak beli pun kereta Forte tu?” tanya Jin-dot dengan nada sinis.

“Kalau ikutkan hati, hari ni jugak aku gi kedai kereta booking Forte. Duit nak buat downpayment semua dah ada, payslip pun dah print. Tapi ada komitmen lain.” jawab Ho-dot, lemah.

“Komitmen apa? Korang beli rumah?”

“Ha. Dah beli, dah siap dah pun. Tengah tunggu dapat CF dengan kunci rumah.”

“Haa, kalau dah beli ok lah. Nak duit buat apa lagi?”

“Habis tu takkan la nak duduk rumah baru yang tak ada lampu, kipas, grill, langsir? Aku nak pasang kitchen cabinet, built-in wardrobe. Semua tu kau ingat free?”

“Tulah kau, sapa suruh beli rumah awal sangat?”

“Sebab rumah tu downpayment dia rendah. Yang kami mampu bayar installment tiap bulan.”

“Ok. Ok. Kalau kau beli kereta, berapa yang tinggal untuk rumah?”

“Erm, mungkin cuma cukup untuk pasang grill, lampu & kipas. Tak cukup nak buat kitchen cabinet & wardrobe.”

“Haaa, kira ok lah tu. Ko simpanlah duit lagi, nanti baru pasang semua benda alah tu.”

“Kalau macam tu, nampak gayanya tak dapat pasang kitchen cabinet for the next 3 years lah! Bila dah bayar installment rumah & kereta, saving tinggal sikit.”

“So, apa plan kau sekarang?”

“Tunggu dapat kunci rumah, kira berapa duit kena guna untuk furnish. Yang baki tu buat downpayment kereta.”

“Bunyi macam plan yang menarik. Aku setuju.”

“Sekarang kau dah tahu, kau jangan tanya aku lagi kenapa aku tak beli kereta, faham?”

“Baik boss.”

Categories: Whatever
  1. hanisakura
    April 28, 2010 at 1:54 PM

    brape bajet cabinet ko?

    • April 28, 2010 at 2:52 PM

      haha, yg aku berkenan sama harge dgn downpemen kereta forte.

      tu tak termasok wardrobe lagi

  2. momo zaini
    April 28, 2010 at 6:59 PM

    peh. kicen kebinet sampai 6k? or 7k? 9k kalau consider 10% utk forte 2.0litre…

    haaa, dah ade kicen kabinet, nak kene penuhkan dulu lak kan?

    takpe, forte tunggu la kejap. penuhkan barang2 dulu.

    pastu penuhkan barang2, tetibe pegnen pulaaaakkk.. alapak, duit baby ni mahal ni…

    takpe, forte tunggu la kejap. besi buruk je tu.

    layan baby punya layan, kluar pulak dah adik….

    then adik kepada adik

    then adik kepada adik kepada adik…

    keh keh keh

    ……..

    takpa, point aku ialah, yg penting, keutamaan. impian boleh tunggu berbanding keperluan.

    • April 29, 2010 at 10:34 AM

      kahkahkah, betul tu momo.

      kalau soh aku pilih Kitchen cabinet mmg yg mahal tulah aku nak, yg kaler merah glossy skali dgn hob, hood + built in oven yg boleh bakar ayam turki.. kot2 ada anak degil boleh aku ugut nk masukkan dia dalam oven tu.

      tgklah nanti camane. fund dah ade, tinggal nak allocate untuk yang mana jek.

  3. deela
    April 29, 2010 at 8:40 AM

    haha..lawak2..

    • April 29, 2010 at 10:34 AM

      haha.. susah woh ada 2 personaliti.

      • deela
        April 30, 2010 at 11:55 AM

        betul3…sy pun ade 2 personaliti..kadang-kadang naik confuse dengan diri sendiri..huhu

      • May 1, 2010 at 8:20 AM

        oh?? ada dua jugak? haha, adakah satu yg baik dan satu lagi yg jahat? hohoho

  4. April 30, 2010 at 8:31 PM

    Edot, tak nak komen pasal entry ni..
    nak tanya apa email add ko eh?

    • May 1, 2010 at 8:10 AM

      erk? kenapa nk email? nk minta address umah ke? huhuhu..

      rumpelts[at]gmail[dot]com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: