Home > Whatever > [E] Semuanya takkan sama

[E] Semuanya takkan sama

Ayah ke perjumpaan veteran askar Sabtu lepas, jumpa kawan lama yang dah pencen. Dia cerita, ada kawan dia yang berjaya jadi boss besar dan ada juga yang bekerja sebagai jaga. Ayah sekarang kerja kampung, buat reban ayam dan tanam kangkung.

Ayah macam salahkan Mak sebab ajak Ayah balik dan tinggal di kampung di Kuala Kangsar lepas pencen askar 20 tahun lepas. Mungkin kata Ayah, kalau Ayah dan Mak sambung kerja dan beli rumah di bandar, hidup kami sekarang lebih baik.

“Tak juga. Mungkin kalau Mak Ayah duduk bandar, kami adik beradik tak jadi macam ni. Mana tau, kami jadi perompak ke, penyangak ke.” Ok, aku bunyi macam exaggerate sangat, tapi maksud aku ialah, kami adik beradik mungkin takkan jadi apa yang kami jadi sekarang.

Mungkin kalau Ayah Mak tak duduk di kampung, aku membesar jadi budak bandar yang pandang rendah kat budak kampung. Pastu gelakkan budak kampung yang eksaited dapat pergi ke pasaraya Giant. Tak nak kawan dengan budak kampung, budak kampung kan kolot?

Tapi aku membesar sebagai budak kampung. Aku tahu macam mana eksaitednya kalau dapat pergi ke pasaraya The Store kat Taiping yang ada tangga bergerak. Zaman aku kecil-kecil tak ada Giant, Kuala Kangsar pula cuma ada pasaraya Fajar yang tak ada tangga bergerak jadi bila dapat pergi ke pasaraya yang ada tangga bergerak aku eksaited siot. Aku mesti pakai baju tercantik dan termahal yang ada dalam rak baju, pakai kasut paling cantik yang aku muat pakai. Sikat rambut gaya paling terkini dan curi lipstik mak tenyeh kat bibir sampai ada yang kena kat gigi. Bedak muka tempek yang paling putih sekali. Huh, memang bergaya. Aku rasa time tu budak bandar yang nampak aku kat The Store sure pandang kat aku dan kata, “Eeeww…” Ah, tapi aku tak peduli. Dapat pergi The Store masa tu, cuma setahun sekali (atau dua kali) sebab nak beli baju raya.

Mungkin kalau Ayah Mak tak duduk di kampung, aku membesar jadi budak bandar yang berkurung dalam rumah tengok TV 20 jam sehari. Mungkin aku tak pandai naik basikal pun.

Tapi aku membesar kat kampung, kalau tak tahu naik basikal & motosikal tak macho lah. Ayah ajar aku bawa moto Honda C70 bila kaki aku cukup panjang untuk jejak tanah bila duduk atas motor, masa tu aku darjah 5. Macho habis woh ronda-ronda kampung naik motor. Mak tak suruh pergi kedai pun dengan rela hati tanya mak, “Mak nak beli kicap ke?” Cewah, kalau tak boleh bawa motor jangan harap aku nak baik hati macam tu. Apa barang gi kedai naik basikal?

honda c70

From: http://www.bikeexif.com

Mungkin kalau Ayah Mak tak duduk di kampung, aku tak cukup kasih sayang. Mungkin aku jadi pasif, lebih suka menyendiri.

Tapi aku membesar kat kampung, banyak kasih sayang yg aku dapat. Ade arwah Opah, makcik-makcik yang masak kuih-kuih yang sedap, semuanya tinggal dekat-dekat. Aku jadi banyak cakap, sebab makcik-makcik semua banyak cakap. Kat kampung, kalau nampak orang sekampung, kena tegur, “Mak Jannn~” atau “Tok Ayahhhh~”. Even kalau cuma nampak dari jauh pun kena tegur, laung kuat-kuat.

Apapun, aku bersyukur aku membesar sebagai budak kampung. Jadi aku ingat, bila dah ada anak nanti aku nak hantar anak aku kat kampung suruh Mak Ayah jaga. Biar diorang lebih hargai kehidupan.

Aku nak beranak banyak-banyak dan hantar ke kampung. Hahaha. Ramai kan orang buat macam tu? Beranak pastu suruh Mak @ Mak mertua jaga.

Tak kesian ke kat Mak dah tua kene jaga cucu? Aku beranak, akulah kena jaga. Atau hantar neseri.

Categories: Whatever
  1. deela
    May 3, 2010 at 1:55 PM

    “Tak kesian ke kat Mak dah tua kene jaga cucu? Aku beranak, akulah kena jaga. Atau hantar neseri”

    yang ni boleh dipertimbangkan..tapi nanti mesti budak tu lebih rapat ngan atuk@nenek dia…hehe

    • May 3, 2010 at 2:58 PM

      oh hahaha, skrg ni tgk Mak & Ayah macam malas je nk jaga cucu. dorg rindu kat cucu yg ada, tapi tak larat nak jaga.

  2. Mak_Long
    May 3, 2010 at 7:09 PM

    hahaha…aku suke part tenyeh lipstik sampai kena gigi..apa-apa pun apa yg mak ayah ko dah buat..apa yang jadik itu le pilihan yang terbaik sebenarnya..btol?🙂

    • May 4, 2010 at 10:01 AM

      ahahaha, org kampung semua kenal aku suka pakai lipstik mase kecik2. mmg kene gigi kalo tak pandai aim😛

      itulah, walopun diorg rasa macam pilihan diorg salah, tapi aku rasa pilihan diorg tu betul. kalo tak, mesti semua tak sama

  3. iladalila
    May 4, 2010 at 9:46 AM

    “Tak kesian ke kat Mak dah tua kene jaga cucu? Aku beranak, akulah kena jaga. Atau hantar neseri”

    huhuhu..ayat mcm terkena kat batang idung sendiri…Tp ada alasannya hehehe nak anta anak kat orang lain tuk jaga tapi mak tak bg…sbb dia berkeras nak jaga sendiri cucu dia..mmg kamcing pun tgk mak ngan cucu dia..maklumlah dah lama rumah sepi takde budak kecik..

    • May 4, 2010 at 10:03 AM

      hahaha, ayat tu bukan tuk org lain tapi tuk aku sendiri & mak aku sendiri. jgn le terase😛

      kalo mak ko larat jaga x ape. lebih percaya mak sendiri jage dari org lain jage kot, kan?

  4. ruby
    May 5, 2010 at 9:00 AM

    best wooo, jadi budak kampung!

    • May 5, 2010 at 10:10 AM

      haah haah, best best. erk, ruby tak nmpk cam budak kampung pun😛

      • ruby
        May 6, 2010 at 10:14 AM

        hoho. ye ke. aiseh. da alami transformasi. pastu umur 13 sebuk merantau. kejap je le berlemuih. hihi.

      • May 6, 2010 at 10:21 AM

        patutlah~

  5. Mak Sue
    May 5, 2010 at 9:15 PM

    Ayah buat reban ayam, lepas tu cucu2 masuk kt dalam….siap betangga2,banglo le…bukan reban.

    • May 6, 2010 at 10:09 AM

      eh, macam apartment la reban tu, ade level 1 and ground floor. bapak ayam dok bawah, mak mak ayam tinggal kat level 1. ade buaian tuk ayam, tu yg tak tahan tu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: