Home > Whatever > [E] Aku rasa tak payah la kot cerita

[E] Aku rasa tak payah la kot cerita

…. pasal 2 bende ni kat blog. Yelah, walaupun blog peribadi maka suka hati lah nak tulis apa cerita pun tapi aku rasa pasal 2 benda ni lebih elok kalau tak cerita.

Satu, mengumpat mak mertua.

Mentang-mentanglah mak mertua tak baca blog sedap je mengumpat tapi tak pernah terfikir kut kalau ade adik-beradik ipar tu terbaca. Jangan main-main beb, takut boleh menjejaskan hubungan kekeluargaaan. Silap-silap pasal satu entri kat blog je boleh mengeruhkan suasana dalam rumah, dahlah tinggal dalam rumah mak mertua pastu mak mertua tahu pulak menantu tu mengumpat pasal dia kat blog.

Ok, kau tak puas hati sebab laki kau lebih suka makan makanan yang mak dia masak daripada yang kau masak pastu tiap-tiap kali makan tengah hari dia akan balik rumah mak dia untuk makan. Memang sebagai perempuan, aku faham kau terase hati sebab penat kau belajar masak alih-alih laki kau kata tak sedap, mak dia masak lagi best. Ada rasa nak lepuk je kan laki camtu? Tapi kau kena faham, memang selalunya anak-anak lelaki lebih suka air tangan mak dia. Ofkos la kau tak boleh nk celen masakan mak dia, dah berapa tahun mak dia masak lauk kegemaran laki kau tu? So aku rasa daripada dok komplen pasal kenapa laki kau tak nak makan masakan kau, lebih baik kau pergi belajar masak dari mak mertua. Satu, korang boleh lebih mengenali satu sama lain. Kedua, mak mertua akan berasa bangga sebab menantu dia berusaha nak masak untuk anak dia guna resepi dia.

Satu lagi adat dok rumah orang ni kau kena jaga. Respek tuan punya rumah, ikut peraturan dia walaupaun kau rasa macam tak best nak ikut. Kau komplen mak mertua kau asyik minta duit dari laki kau kan, redha jelah sebab memang tanggungjawab anak lelaki jaga mak dia. Lagipun korang tinggal kat rumah dia kan, apa salahnya hulur duit belanja takkan nak makan sorang? Aku bukanlah orang yang sesuai untuk bagi nasihat ni tapi aku nak nasihat jugak. Kira ni pun nasihat tuk diri sendiri.

Dua, pasal berapa hari tak berhubungan intim.

Ok, yang ini pengantin terlalu eksaited sebab baru kawen tapi hoi tak perlulah kau cakap berapa hari korang tak berhubungan intim sebab kau baru buat pembedahan kat ‘situ’. ek eleh. tulisla entri tajuk lain macam kenapa kau kena buat operation tu, penyakit jenis apa, apa yang menyebabkan penyakit tu berlaku. Adakah penyakit tu menyerang pengantin sebab tidak menjaga kebersihan sebelum / selepas hubungan intim. Atau cerita pasal penyakit Honeymoon Cystitis tu apa?

Categories: Whatever
  1. lyd
    May 14, 2010 at 2:03 PM

    idup lagi orang cenggitu?? huhuhu

    • May 14, 2010 at 2:32 PM

      haha, ada. tapi aku la gatal g baca pulak entri diorg. pastu dok komplen kat sini.😛

  2. ruby
    May 15, 2010 at 11:48 PM

    nak juga baca. hehe. tak pe buat pengajaran.

    • May 17, 2010 at 10:21 AM

      haha, tula pasal nak juga baca. pengajaran tuk aku jugak la supaya pikir dulu sebelum tekan butang “Publish”

  3. May 15, 2010 at 11:52 PM

    Rasa ada baiknya tak perlu cerita la kut edot, citer2 tu….citer benda lain la;)

    • May 17, 2010 at 10:21 AM

      cerita macam kat blog ko la fida lebih baik. semua nya tersirat. huhuhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: