Home > Whatever > [E] Kenapa lama tak apdet blog

[E] Kenapa lama tak apdet blog

Sebab Win masuk wad dari malam Ahad sampai Rabu pagi.

Cerita dia macam ni, petang Ahad hari tu kami balik dari LowYat bila sampai je kat rumah Win cakap perut dia sakit sangat. Aku tak pernah tengok dia sakit perut sampai berguling-guling (siyes memang dia berguling sebab tak dapat cari posisi yang dia rasa selesa). Jadi kami gerak ke klinik panel yang biasa kami pergi, Klinik R.Daya.

Lepas doktor tu tekan-tekan perut dan tanya cek suhu badan, doktor kata dia saspek yang Win kena Appendicitis dan tulis surat rujukan untuk buat pemeriksaan lanjut kat hospital. Dia rujuk kami ke hospital KPJ Kajang sebab tu hospital panel insurans ING, lagipun tempat tu yang paling dekat dengan rumah dan dia ada kawan kat sana yang kerja sebagai surgeon, Dr Kumar.

Dengan surat rujukan tu dan kad insurans ING, semuanya mudah kat hospital. Terima kasih kat kawan kami Sepool & Nora yang tolong bawa kami ke KPJ sebab kami tatau jalan nak pi sana.

Kat hospital, doktor cek sekali lagi dan dia pun saspek Win kena Appendicitis dan terus uruskan ward admission. Aku gelabah jugaklah sebab tak pernah seumur hidup masuk wad, inikan pula nak uruskan orang masuk wad. Nama pun hospital swasta, semuanya cepat siap, tak lama sangat kami tunggu.

Aku respek lah kat doktor yang dicadangkan oleh Dr R.Daya tu, Dr Kumar. Dia telefon Win bila dapat tahu yang Win dah sampai kat KPJ, tanya simptom yang Win ada dan cakap nanti jap lagi dia datang jumpa nak tengok sama ada patut perform Appendectomy malam Ahad tu juga atau pagi esoknya. Profesional kan? Tapi orang kata, dah nama pun on call, dia bole caj lebih sebab malam minggu.  Itu aku tak pastilah. Janji dia amik berat pasal patient, oklah kan?

Malam tu Dr Kumar sampai, cek Win dan kata yang sakit tu tak serius sangat dan boleh tunggu esok untuk bedah. Dia suruh makan dulu malam tu dan ‘berpuasa’ & bersedia untuk pembedahan tengahari esok. Malam first kat wad aku teman Win, mula-mula tido kat kerusi tapi tak selesa dan akhirnya panjat katil tdo sebelah Win haha. Bila nurse sampai, cepat2 turun katil😛.

Aku teman Win sampai pintu masuk Operating Theater (OT). Sebelum masuk, Win bisik, “I love you”. Awww~ rasa nak nangis tapi aku tetap senyum, kalau nangis pun tak guna sebab Win tak nampak, dia tak pakai spek.

Win keluar dari OT pukul 3.30pm, makcik Win yang ada masa tu sambut dia kat wad & dapat tengok appendix yang doktor dah keluarkan. Aku tak ada masa tu, balik rumah pack baju Win dan amik Ayah kat komuter, Ayah datang all the waynaik bas from KK nak lawat Win. Parents Win pun datang, diorang gerak dari JB kol 4pm sampai Kajang kol 9pm++. Malam kedua & ketiga aku & Ayah stay teman Win kat wad, kami tdo atas lantai je gile sejuk.

Ramai kawan-kawan yang datang melawat Win hari Isnin tu. Kawan seopis, kawan ex-opis, ipar duai dan sebagainya. Terima kasih kepada yang datang melawat.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan servis kat KPJ Kajang. Friendly nurses, helpful and comel-comel. Siyes nurse semua lawa kalau yang lelaki tu nak dok wad dan tengok nurse lawa pergi lah kat sana haha. Tapi jangan terkejut bila tengok bil hospitalnya, macam Win total bil RM6.4k++. Nasib baik insurans kaver.

Sekarang Win dah kuar hospital dan balik ke rumah. Kena paksa makan pati ikan haruan yang Mama & Abah beli haha.

Categories: Whatever
  1. imran
    May 30, 2010 at 8:07 AM

    ade simpan no phone nurse2 tak?

    • May 30, 2010 at 9:48 AM

      hah? segan la aku nak minta no tepon nurse. ko try la admit wad sane pastu ko minta lah. siyes, dorg sume comel~~~

  2. ruby
    May 30, 2010 at 9:57 AM

    get well soon to win.
    sweet betul la korang neh bfr masuk OT. hihi.

    • May 30, 2010 at 11:28 AM

      huhu swit ek? mane de hikhik (gelak gedik).
      thanks ruby for the wish~

  3. hanisakura
    May 31, 2010 at 2:03 PM

    aku rase korg leh try jeli gamat kalo x suke pati ikan haruan tu. fungsinyer samer jer. tp setau aku geli la jgk nak mkn. hahah

    • May 31, 2010 at 2:37 PM

      jeli gamat pun sama geli kan? tapi gamogen kompem sedap. last2 smlm kami beli lagi 6 botol pati ikan haruan sebab yg mama dia beli dah abis. maka terpaksa lah memaksa win telan lagi 6 botol tersebut…

  4. hanisakura
    June 1, 2010 at 3:35 PM

    geli sbb die jeli la kot. tp setau aku die xder bau. gamogen…. mahai kot.hahah. eh, jeli gamat pun mahai gak kan.heheh. tp x lame sgt kot zuhrin nak sembuh sepenuhnyer.huhu

    • June 1, 2010 at 3:58 PM

      jeli tu ade yg berbau jugak. gamogen setakat ni yg plg sedap pnah aku makan jeli gamat ni, mahal nan mam***. so win kate, beli ikan haruan sajalah~

  5. hanisakura
    June 1, 2010 at 4:46 PM

    hhehe.. luxor nyer kot murah. sbb kakak aku yg lepas bersalin tu kan die mkn jeli gamat. x makan ikan haruan pun. ssh nak cr. xperla. telan jela aper2. janji leh cpt sembuh.heheh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: