Home > Whatever > [E] MC

[E] MC

Masa di hospital temankan Win di wad, adik Win yang paling kurus, eh kecil sekali pun ada datang juga, Haziq Aiman budak darjah 5. Sepupu diorang pun ada, Al-Akhtar budak darjah 3. Diorang dua orang tengah mengadap laptop main game. Aku dengan Win tengah cakap pasal MC.

Haziq: Eh, MC tu apa ek?

Al-Akhtar: MC tu.. “Mati Cepat”.

Haha. Comel kan diorang ni?

Aku dah masuk kerja semalam, Win masih MC dok rumah aku suruh polish dapur, lantai & pintu grill bagi kilat kalau tak kilat jangan harap aku nak bagi makan amboi amboi dok rumah goyang kaki pulak. Haha taklah, aku tak kejam macam tu. Doktor dah pesan jangan angkat barang berat, contohnya isteri sendiri.

Win kena makan 8 bijik Panadol sehari, macam kene drugged je. Dia dok godek2 PC kat rumah & rehat tengok TV sajalah. Dia komplen berat badan dia naik 3kg sejak masok hospital sebab kat sana kena masok air. Kira gemok air kut.

Kesian dah bape hari dia dok makan bubur nasi, aku masak nasi biasa pulak lah 2 hari ni tapi konon nak masak lembik2 sket. Tah, dah masak dengan air banyak pun nasi tu keras cam tu jugak tataulah banyak mana air nak boh bagi lembik kang ter-over air jadi bubur pulak aihh~ Sekarang ni menu ikan sahaja – sup ikan tenggiri, tenggiri masak kicap, bawal emas stim & paling terkini grilled salmon yang masin. Ikan tuk orang lepas bersalin, eh operet ni semua kena jenis ikan yang mahal-mahal.

Wow, kalau nak suruh aku diet ikan masa mengandung 9 bulan nak bagi anak genius sebab makan banyak sumber Omega-3 tinggi jugaklah kos hoho.

Aku bukannya pandai sangat jaga orang lepas operet ni tapi aku cuba yang termampu. Abah Mama dah ajak dah balik JB masa Win boleh kuar wad, tapi kami diam saja. Aku kalau boleh nak jaga sendiri Win kat rumah sendiri. Nak masakkan, nak bersihkan badan, nak suapkan eh lebih-lebih pulak bukan sakit sampai tak larat suap sendiri. Nak angkatkan tu memang tak mampulah, beza 20kg dari berat aku woh.

Mula-mula orang risau jugak Win tak boleh naik tangga ke rumah sendiri tingkat 4, maka kami stay jap kat rumah makcik Win @ Bangi sampai Win agak-agak boleh naik tangga. Sekarang bukan setakat naik turun tangga, gi Jusco pun dah boleh tapi jalan pelan-pelan ah.  Weh, tangan aku pulak yang tumbuh muscle sebab semalam angkat barang groceries & minyak masak 5 liter sampai tingkat 4 rumah kami tau, selama ni Win angkat Win yang tumbuh muscle.

Abah Mama jangan risau, Win cepat sembuh kut sebab die telan pati ikan haruan yang Abah Mama beli tu walaupun setelah meminum muka Win nampak cekang-cekang sebab tahan kelat & hanyir pati ikan tu haha. Kami beli lagi pati ikan tu semalam nak sambung consumption sampai 2 minggu ok kot.

Categories: Whatever
  1. hanisakura
    June 1, 2010 at 4:49 PM

    ehehehhe.. ader pulak gitu. ikan kembung pun ko leh wat kukus.mkn ngan air asam. jgn buat masam or pedas sgt. sekadar buat perase da la.

    • June 1, 2010 at 4:51 PM

      ikan kembung mak mertua & mak aku kata gatal. tu yg aku tak beli.

  2. hanisakura
    June 1, 2010 at 5:26 PM

    haah kan. ikan merah? eh mhl gak tuh.hahaha. eh miihun sup xleh ker? ko buat sup ikan. ikan tenggiri tu sedap buat bebola ikan.

    • June 1, 2010 at 5:43 PM

      ikan merah kat kedai mata dah merah, x elok dah. ikan merah boleh la makan, mahal kan?

      sup ikan tenggiri sedap gile. buat fishball tak reti la aku haha. mihun sup? win tak layan sangat bihun kehkehkeh. tp kalo terdesak die mkn je

  3. hanisakura
    June 1, 2010 at 5:49 PM

    ko beli yg besar tu. beli yg dah kerat2 tu x la mhl sgt kot. ko cr kat tenet la cr nak buat bebola ikan tuh.hehehe.. mak aku tau la buat. aku bagi sajessyen tu kot2 korg boring mkn bnda yg smae jer hari2. hehhe

    • June 1, 2010 at 5:51 PM

      aku beli sekor panjang soh org tu ptg. laah, win kate ikan tenggiri tu keras la pula, tu yg aku g cari ikan lain buat masak2. haha. mcm2 kerenah la budak itu

  4. hanisakura
    June 2, 2010 at 2:53 PM

    haha.. berusahalah edot! chaiyok2!!

  1. June 1, 2010 at 6:38 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: