Home > Jalan-Jalan, Shoutout > [E] Pulau Kapas jauh ke tengah

[E] Pulau Kapas jauh ke tengah

Pulau Kapas

via Interesting Place in Terengganu

Baru-baru ni Sepool hantar msg kat kami tanya mahu tak join dia dan isteri mencandat sotong bersama-sama bapak angkat & botnya di Terengganu?

Mula-mula aku segan, sebab dulu masa pergi Terengganu singgah rumah bapak angkat Sepool yang baik hati tu aku macam hyperactive cakap non-stop. Macam dah termalulah tau? Pastu macam segan nak jumpa dah. Takut kang pakcik tu kata, “Oh, yang banyak cakap ni pun ikut samaaaa…”.

Pastu pasaipa aku lagi segan, nanti nak tumpang tido & makan kat umah bapak angkat Sepool yang baik hati itukah? Bapak angkat Sepool yang baik hati tu sangat baik melayan tetamu tau. Diorang kalau ada tetamu datang, diorang masak tuk tetamu sampai perabih semua makanan dalam peti ais kot? Punyalah banyak makanan hari tu kami singgah umah pakcik+makcik yang baik hati tu – ikan celup tepong, sotong celop tepong, nasi goreng + telur mata lembu, air sirap + teh panas, agar-agar. Peh.

Pastu bila tengok rupa Win dengan perut yang bengkak, mampu ke dia nak pergi mengharungi ombak laut semasa mencandat sotong?

Ceh, mengata orang takut ombak laut. Aku ni pun tatau diri sendiri ini adakah mabuk laut atau tidak.

Tapi kalau ikutkan hati, memanglah aku nakkkkkkkkkkk pergi sangat-sangat merasa adventure mencandat sotong sebab seumur hidup tak pernah pergi trip macam tu weh! Tapi macam mana? Segan ada dua. Kesian kat Win pun ada satu. Mabuk laut pun mungkin satu.

Pastu Sepool kata tak payah seganlah pasal tu semua. Nanti pasal tempat tido tu kami pikir camanalah kat sana.

Win pun kata dia nak pi. Oleh itu ingin cepat sembuh.

Pasai mabuk laut pulak, kalau telan ubat tahan muntah aku rase ok kot~

Sepool kata nak singgah Pulau Kapas yang jauh ke tengah tu jugak lepas mencandat. WAHHHH~

Aku ajak diorang tido sana, di bawah bulan purnama dan bintang-bintang di angkasa sambil ditemani bunyi ombak yang memukul pantai. Sepool kata OK! haha. Memang bestlah kalau berjalan dengan Sepool + Nora isteri beliau ni sebab kami seperut, eh sekepala. Boleh bercamping di tepi pantai sana yahoo..

Sepool soh bawa sleeping bag + goggles. Mahu snorkeling di Pulau Kapas jauh ke tengah. Aku boleh beli goggle satu, tapi Win? Dia punya power mata sebelah 600.. mana nak cari goggle yang ada power sebanyak itu aaa?

ps: Ini angan-angan saja. Kalau jadi betul, nanti aku cerita lagi.

Categories: Jalan-Jalan, Shoutout
  1. Samuraix
    June 11, 2010 at 3:08 PM

    Hahahaha….SEPEROT tuuuu…..
    xmau arr peyot win boncet..peyot aku x buncet..
    kitaorg nk gak letak gambor baby lam blog ko niee..blehh..blehhh….letakkan arrr….

    • June 11, 2010 at 3:14 PM

      hahaa, tak mengaku seperot konon padahal perot ko + win 2-2 ade parut operete buang apendix.

      mana da perot dia buncit? ceh, laki sendiri kene la aku kaver weh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: