Home > Whatever > [E] Pasal tangga dan tingkat lima

[E] Pasal tangga dan tingkat lima

tingkat lima

by Paula Scher

Tiap-tiap hari aku & Win panjat dan turun tangga di apartment kami. Ya, kami tinggal di tingkat lima dan apartment kami tak ada lif.

Selalunya bila turun tangga tak berapa rasa penat, tapi masa nak naik tu kalau baru lepaih berjalan jauh atau baru balik kerja fuh rasa berat la jugak nak heret kaki panjat tangga sampai tingkat lima.

Tambah pulak kalau baru balik dari membeli barang dapor contohnya beras 10kilo galas kat bahu kiri Win dan sabun basuh baju Top 3liter dijinjit tangan kanan sementara aku membawa minyak masak Saji 5liter di tangan kanan sambil tangan kiri membawa beg berisi sayur dan telur dan macam-macam.. lagilah rasa macam taknak panjat tangga dah. Tapi, kena panjat juga.

Aku sangat-sangat berharap agar tiga barang berat tu tak habis serentak kalau tak naya nak bawa naik ke rumah.

Selalunya Win akan suruh aku pikul beras 10kilo tu naik ke rumah dengan berkata,

“Awak prektis la bawa guni beras ni naik turun tangga, awak kata nak ada anak sekarang kan?”

Maksudnya dia nak soh aku tunggu lepas pindah rumah la tu. Dan ofkos lah selalunya aku takmo bawa guni tu. Aku pilih beg yang paling ringan je.

Apa yang memotivasikan aku supaya panjat tangga tu tiap-tiap hari?

Aku rasalah, masa naik tangga tu aku tak pernah fikir, “Sekarang dh tingkat berapa? Berapa banyak tingkat lagi nak panjat ni?” Aku cuma fikir, bila dah sampai rumah nanti ada air jus oren yang sejuk dalam peti ais atau ada aiskrim Solero yang menunggu di rumah. Aku juga bagi semangat macam tu masa bawa ayah panjat tangga rumah aku,

“Ayah, nanti kita sampai rumah ada aiskrim.” Ayah memangggg suka makan aiskrim.

“Oh, patutlah Ida tak rasa penat sangat panjat tangga ni. Ida fikir benda yang best2 kat rumah.”

Memang pun.

Samalah macam hidup ni pun. Bayangkan yang indah-indah di hadapan contohnya nak furnish rumah baru dan sekarang sedang menyimpan wang untuk pasang kitchen cabinet. Sementara nak sampai sana tu kalau kene berkorban sikit sabar jelah. Bayangkan hasilnya. Bayangkan hasilnya!

Kadang-kadang terfikir, “Hidup ini tak adil.”

Bak kata Bill Gates, “Life is not fair. Get used to it.”

Categories: Whatever
  1. -aina-
    June 16, 2010 at 5:54 PM

    Suka quote ini:

    Bill Gates, “Life is not fair. Get used to it.”

    Anggap naik tingkat 5 tue satu senaman. tips slim-melim like edot ^-^

    • June 17, 2010 at 10:35 AM

      Quote tu aku pun jumpa kat blog org pastu g google sket. tapi yelahkan, kalo asek nak kata, “life is not fair” berulang kali pastu mengeluh, tak guna jugak kan. so kena get used to it.

      yeke slim haha. kurus sangat cam aku ni tak hawt😛

      • June 17, 2010 at 3:15 PM

        pada aku life never been fair, cuma cara penerimaan kita tentang “tak fair” tue je penting. yang penting kene belajar bersyukur nikmat yang ada.

        tue la kan, kurus kering mcm tiang letrik (tiang letrik lagi lebar) pon tak best jugak. *-*

      • June 17, 2010 at 4:23 PM

        haah, get used to it dan bersyukur dgn nikmat yg ada.

        marilah kita, bersama-sama menaikkan berat badan😛

  2. June 16, 2010 at 9:02 PM

    edot, mane entry yg sebelom ni? da delete ke?
    btw, saya sgt enjoy reading ur blog…
    so true about the reality check…uhukuhuk…

    of course, life seems to be unfair. kadang2 org yg usaha seco’ot tu dpt jer apa yg die nak..kite yg bagai nk mampuih ni habuk seciput jer…

    all the best. keep workin hard. insyaallahhh adelah tu rezekinyaa…

    • June 17, 2010 at 10:37 AM

      errk, about that entry.. i think i have to delete it coz all of those ppl that i mentioned in the entry are in my facebook frenlist. hahaha.

      thanks zulia. will keep working hard. insyaAllah, murah rezeki nanti kami pindah ke rumah atas tanah pulak ah

  3. cikana
    June 18, 2010 at 7:04 PM

    berakit-rakit ke hulu
    berenang-renang ke tepian
    bersakit-sakit dahulu
    bersenang-senang kemudian

    life is never easy, but, when you go through it with an open heart, hand in hand with someone you truly and sincerely loved..not only tingkat 5 that you can conquer, you can even reach the highest mountain or the deepest sea..trust me.

    • June 18, 2010 at 8:36 PM

      wah Cik~ berpantun pulak kalah Wak Wahid cikgu bahasa Melayu sekolah Pasir Gudang 2 tau.. eh bekas pengetua SMPG2.

      insyaAllah Cik, kami akan bersama-sama mengharungi hidup ini dgn tabah ecewahhh. Nanti naik tangga nak nyanyi duet dgn Win, “Jangan pisahkan, aku dan dia… Tuhan tolonglah kucinta dia.”

  4. cikana
    June 21, 2010 at 3:23 PM

    ida ni memang lawak la.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: