Home > Shoutout > [E] Bini juga yang salah

[E] Bini juga yang salah

Bila laki kene Appendicitis, orang tertanya-tanya, “Apa bini kau masak? Masak pedas hari-hari ke?” – aku juga yang salah.

Bila laki punye tekanan darah tinggi lalu sakit kepala dan berjumpa Dr R Daya, doktor kata “Suruh bini awak kurangkan garam/ajinomoto dalam masakan.” – aku jugak yang salah.

Bila laki naik berat badan sehingga beberapa kg, laki kata kat bini “Ni salah awak la ni. Awak suruh saya makan yang awak tak larat.” – aku jugak salah.

……

Agaknye kalau laki kurus kedengking, orang tanya, “Bini kau tak jaga makan minum kau ke, apesal kurus keding ni?”

Agaknye kalau laki tu nak kawen lain, orang kata, “Tulah, bini dia tak pandai jaga laki.” Padahal bini dia dah tak terurus dah rumahtangga sebab laki dia cuma pandai derma sperm, dah beranak setahun sorang laki takmau tolong jaga anak pulak.

Agaknye kalau anak tu buat salah, nakal, nanti laki marah, “Tulah awak, tak pandai ajar anak! Tengok perangai dia jadi macam mana?”

Agaknye kalau kepala anak tu bengkak, lebam, nanti laki dia marah lagi, “Awak ni budak kecik pun tak pandai jaga sampai budak tu jatuh katil. Awak memang tak boleh diharap!”

Agaknye kalau rumah bersepah, “Awak dok rumah buat apa? Rumah bersepah macam tongkang pecah!” Padahal bini tu pun kerja juga 8pg – 6ptg. Malam nak masak jaga anak basuh pinggan.

…….

Kan best kalau laki tu pun sama tolong kemas rumah, tolong jaga anak. Jangan harapkan bini saja, dia bukan robot.

Pastu bila harijadi bini tu, setahun sekali belikanlah hadiah yang dia idam-idamkan. Dapat sekeping kad pun dia sure hepi tapi janganlah kedekut sangat tiap-tiap tahun bagi kad amboi amboi amboi~

ps: Semalam Win bagi kad harijadi. Masa baca kad tu, ter-menangis la pulak sebab terharu bebenorr (T_T) Habis kad tu basah nasib baik Win sain gune pensil je. Terima kasih. Dahlah dapat hadiah, dapat kad pulak tu. ai lebiu.

Categories: Shoutout
  1. ruby
    July 9, 2010 at 7:15 PM

    dot, lupa nak wish.
    selamat hari lahir.
    semoga kasih sayang ko dgn win berkekalan.
    amin..

    • July 10, 2010 at 9:10 AM

      huhu, tengs ruby… amin, semoga cinta berpanjangan ahaks

  2. July 9, 2010 at 8:08 PM

    ala comei comeinye.. hepibesday!!
    papepon article awak tu mmg btol….🙂

    • July 10, 2010 at 9:11 AM

      thanks zulia!

      haha, betol kan? asek yg salah, org tuju kat bini dulu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: