Home > Whatever > [E] Senang je nak gembirakan aku

[E] Senang je nak gembirakan aku

happy
Semalam sebelum balik kerja, ber-GTalk dengan Win.

Yelah, kalau nak bercakap dengan Win bukan senang kat rumah sebab dia bukan banyak cakap pun dahlah tak suka bergosip pasal kawan di tempat kerja. Yang suka gosip siapa? Akuuuu jugak. Tapi disebabkan kalau aku cerita gosip terkini hiburan sensasi kat Win pun takdak guna, dia takmo layan (T_T). Jadinya, aku pun tak gosip daa.

Baiklah, berbalik kepada cerita tadi. GTalk.

Win tak suka sangat guna YM. Kenapa tak guna YM? Entahlah, tapi secara peribadi aku pun lebih suka GTalk sebab rasa macam tak serabut sangat. Pastu takde orang gedik nak letak smiley yang over-over mase chat. Pastu yang lagi gedik ajak lukis-lukis Doodle IM kat messenger hoih lagilah malas nak layan.

Lainlah dulu. Dulu masa bercinta jarak jauh dengan Win kami lukis-lukis bentuk heart kat Doodle tu. Aku masa tu bajet sangat comel la kan. Comel macam hamster konon. Lukis WC (waste commode) pun ada.

Eh, tapi bukan tu yang aku nak cerita (=.=).

Baiklah, berbalik kepada cerita tadi. GTalk.

“Sy blk dulu. Nanti awak balik belikan aiskrim Fruitare ehh?” biasalah, aku cepat terpengaruh dengan iklan. Tuh, nasib baik aku minta aiskerim lepas tengok iklan Fruitare malam sebelumnya. Kalau lepas aku tengok iklan Forte??

“Ok.” biasalah, jawapan Win. Jarang jawab meleret-leret.

Balik kerja semalam, aku sampai dulu. Bukanlah aku race dengan Win siapa yang sampai rumah dulu – siapa kalah kena urut kaki orang yang menang. Mana aci. Win naik motorsikal mestilah menang. Aku naik Comot je mestilah sangkut dalam jem.

Selalunya, kalau Win ternampak kereta aku sangkut dalam jem semasa dia tengah mencilok di celah-celah kereta yang sedang beratur depan tol Mines,  WIN AKAN TAMPAR SIDE MIRROR KERETA aku sampai macam nak tertanggal. Terkejut tau tak? Pernahlah ter-maki masa dia buat macam tu tapi sebut “Astaghfirullah hal azim” sebab baru terperasan, “Oh, laki aku rupenye”.

Senang nak kenal, lampu brek motor dia ade logo WE – fuiyooo. Korang kalau nampak motor yang lampu brek ada logo WE tu bolehlah lambai-lambai kalau jumpa. Dulu tak macam ni, dia lambai je dari motor. Tapi dia kata kalau lambai aku tak perasan. Ceh.

Eh, tapi bukan tu yang aku nak cerita (=.=).

Baiklah, berbalik kepada cerita tadi.

Bila Win balik kerja dan sampai rumah, dia betul-betul belikan aiskrim Fruitare! Dengan Cornetto! Itulah yang aku nak cerita asalnya – senang je nak gembirakan aku.

Ayah aku suka aiskrim.

Aku suka aiskrim.

Mana tumpahnya aiskrim, kalau bukan ke baju. (^_^)

Categories: Whatever
  1. ruby
    July 25, 2010 at 8:37 AM

    korang ni sweet laa. hihi.
    ayah ku pong suka eskem. aku pun suka.
    tp kat kanada ni kena hati2 eskem xhalal byk. tahan je lee. huu~

    • July 25, 2010 at 5:37 PM

      hoh, kalo camtu kene buat aiskerim sendiri la ruby😛 blk mesia nanti bukan setakat buleh breed animal, malah buleh buat aiskerim sendiri! huhu

  2. August 3, 2010 at 11:40 AM

    bestnye edot
    agak2 kalau aku gtalk laki aku mintak eskrim dia nak belikan x?

    • August 3, 2010 at 1:30 PM

      haha, gune je ape care pon kalo setakat minta eskem tu apelah sgt kannnn~
      sure dpt punyo!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: