Home > Whatever > [E] Gigit dek hantu

[E] Gigit dek hantu

Dulu masa aku kecik-kecik, selalu ada lebam kat peha bila bangun tidur. Yang hairannya, malam sebelumnya tu aku tak main lasak-lasak pun sampai terlanggar meja ke apa macam mana boleh ada lebam pula?

Bila aku tanya Mak, Mak jawab “Gigit dek hantu. Tulah tidur tak basuh kaki.” OH, kalau kaki busuk hantu datang gigit kot?

Aku kan anak yang mendengar kata maka aku percaya jelah cakap mak aku. Sejak hari tu, aku basuh kaki sebelum tidur dan pakai selimut takut kena gigit dek hantu lagi. Doa sebelum tidur.. err Bismillah je kot.

Masa tu aku juga selalu tidur kat rumah arwah Opah bila hujung minggu dengan sepupu-sepapat yang lain.

Kami akan tidur beratur kat ruang tamu ditemani ubat nyamuk cap gajah dan cahaya pelita minyak tanah. Siapa yang paling berani, dia tidur kat depan pintu. Sebab kami ingat hantu masuk rumah ikut pintu. Siapa yang paling takut tidur sebelah Opah.

“Hantu tak kacau orang yang tidur depan pintu-lah. Dia kacau orang yang tidur tengah-tengah.” Aku tak peduli, aku tetap nak tidur kat tengah.

Suatu malam, aku terjaga dari tidur. Rasa macam nak terkucil. Bila aku buka mata, aku nampak ada bayang dari cahaya pelita yang Opah letak sebelah dia sebab kalau letak pelita sebelah kami nanti takut rumah terbakar.

Bayang tu aku nampak kat dinding dekat dengan kaki kami semua. Macam ada orang berjalan dari dapur ke tempat kami tidur. Bongkok. Aku cakap dalam hati, “Opah kot.”

Aku hampir nak panggil Opah tapi aku terdiam bila tengok bayang tu membongkok ke tilam tempat kami tidur. Atau lebih tepat lagi, tempat sepupu aku, Amirol tidur. Dia tidur sebelah Opah.

Hati aku rasa tak sedap. Bukan Opah ni. Pelan-pelan aku tarik selimut tutup muka – takut ‘bayang’ tu nampak aku ternampak dia. Aku buat-buat tidur sampailah tertidur. Tahan rasa nak terkucil.

Esok paginya, Amirol tunjuk peha dia kat Opah. Ada kesan lebam.

Sekarang, bila aku bangun pagi ada kesan lebam kat peha aku kata, “Kena gigit dek hantu.” walaupun sebenarnya bukan hantu gigit pun. Kut.

Win gelak saja. Tak percaya.

Categories: Whatever
  1. nurul
    August 4, 2010 at 6:01 PM

    betul ke edot hantu gigit..aku dlu masak kecik2 pun slalu ada lebam kat peha.pastu nnti nmpk 2dot kat tempat lebam tu..arrr hantu gigit eh rupanya…huhu..alhamdulillah sekarang ni tak kene gigit..sbb aku dah beranak kut..wakaka..leh terima tak alasan?

    • August 4, 2010 at 6:05 PM

      Eh, entahlah. Ko percaya ke? Dulu kecik2 macam tu le orang tua-tua kata. Aku masa tu kecik, percaya saja. Tapi sejak aku tengok ‘bayang’ tu, sampai sekarang aku still sebut lebam tu – gigit dek hantu. walaupaun hakikatnya aku sendiri tak tahu.. dan kalau boleh tak nak tahuuu. takot. haha

  2. hanisakura
    August 5, 2010 at 10:41 AM

    giler seram!!!!!!

    • August 5, 2010 at 11:40 AM

      huhu, seram ke. tu nasib baik aku nmpk bayang je, kalo nampak rupe bende tu lagi seram kot cerita ni

  3. Anis
    August 5, 2010 at 11:15 AM

    Aku sampai skang kena geget dek hantu lagik… tatau pasal apa… Tapi lawa jugak… peha kaler cam rainbow.. hahahahaha

    • August 5, 2010 at 11:41 AM

      samalah, aku pun kena. tapi jarang-jarang. yg herannye win tak pnah plak lebam kat peha macam aku. haha

  4. August 5, 2010 at 12:36 PM

    edot aku pun pnh kene gak gigit hantu tuh sampai sekarang..tiba2 je tgk dah lebam..

    • August 5, 2010 at 1:11 PM

      oh? ko pon panggil gigit dek hantu ke lebam kat peha camtu? hoho, aku rasa org pompuan mmg biasalah kena gigit dek hantu ni, kan?😛

      • hanisakura
        August 9, 2010 at 1:00 PM

        seksi sgt kot wktu tido tu. hahha

      • August 9, 2010 at 1:17 PM

        hahah seksi meksi abissss… dulu kecik2 mana tdo pakai kain batik. pakai suar track je. mane de seksi hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: