Home > Whatever > [E] Cacing, kutu dan chickedees

[E] Cacing, kutu dan chickedees

Orang lain bila dengar cerita pasal cacing, kutu & chickedees akan sebut “Ewww” untuk dua perkara pertama tu dan juga mungkin sebut “Yuck” pada perkara ketiga.

Pada aku, aku dah rasa semua benda ni masa kecik-kecik dulu.  Sebab aku pernah nampak cacing mengeriut dalam tinja, ada kutu di kepala (kadang-kadang kening) & makan chickedees hampir setiap hari.

Tapi ini tak bermaksud yang Mak aku tak pandai jaga aku. Cuma budak kampung, biasalah ada cacing & kutu. Chickedees? Biasalah tu.

Dulu aku suka main kat tali air menangkap ikan timah & berudu katak.

Lumba lari dari depan rumah ke pagar surau.

Main tembak-tembak pistol kayu dan getah yang dibuat oleh Ayah dengan peluru terung belanda.

Main aci jengket bawah pokok nangka depan rumah Nyah Ha.

Bila hujan lebat, aku akan keluar mandi hujan sambil ‘slide’ dalam lopak air hujan depan rumah.

Semua tu aku mana pernah pakai selipar. Mak dah tak larat nak marah. Telur cacing melekat ke tapak kaki, masuk ke mulut dan kemudian menjadi cacing lalu keluar sekali dengan tinja. Bila aku nampak dan bagitahu kat Mak, Mak bagi makan ubat cacing. Setel.

Kutu. Yang ni dapat dari sepupu sebab selalu tidur sama-sama kat rumah Opah. Kalau ada kutu nanti petang-petang kami semua duduk kat depan tangga rumah Opah, Opah carikan kutu gilir-gilir. Kalau dah banyak sangat, Opah mandikan kami dengan syampu anti-kutu.

Chickedees memang makanan kesukaan aku. Walaupun masakan Mak sedap gile, tapi saja-saja mesti belanja 20 sen beli chickedees lepas balik sekolah sedap woh. Memanglah tak berkhasiat tapi sedap gile, nak buat macam mana? Belilah.

Zaman sekarang kalau anak orang tu ada kutu, cacing & makan chickedees mesti dipandang hina, kan? Kata orang, “Tak pandai jaga anak”.

Tapi aku tak rasa pun Mak aku tak pandai jaga aku walaupun aku dah kena semua tu. Aku lagi seronok adalah sebab Mak bagi aku merasa semua tu.

Budak bandar aku tak tahulah macam mana.

Categories: Whatever
  1. August 7, 2010 at 11:41 AM

    Edot, macam mana telur cacing, dari tapak kaki leh masuk mulut??hehe..

    ahaaa, aku pun pernah rasa kutu tu..kes pi berkhemah kat sekolah. Jangkit . Sabor je la…

    • August 7, 2010 at 10:09 PM

      sebab hobi suka gigit kuku jari.
      tangan pegang kaki, pastu gigit kuku sebab tu la telur dari kaki bole masok mulot😛

      haha, kutu. aku paling suka arwah Opah aku carikan kutu. nikmat gila rasa sampai tertidur

  2. hanisakura
    August 9, 2010 at 1:05 PM

    ohohohoh.. aku pun slalu buat begitu gak.tp kami sumer masuk u haper. n x menyusahkn org pun. saper kate anak2 ader cacing n kutu sbb mak die x pndi jage? kadang aku tgk anak2 yg over protected sgt ni lg byk problem yg menyusahkn org. huhuhuuh.. eh. emo plak. hehehe.. pengalaman memberi pengajaran. aku skang kalo setakat kena hujan ni mane demam. da kebal la katekan. hehhe

    • August 9, 2010 at 5:18 PM

      haha, terbaca blog orang. tp kes dia lain.

      then teringat cerita pasal aku kecik-kecik dulu plak, ada gak cacing & kutu😛
      aku kene ujan banyak tak demam tapi kene ujan sikit boleh penin gak pale ni. dah x sehebat dulu~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: