Home > Whatever > [E] Tips dapat makanan kegemaran

[E] Tips dapat makanan kegemaran

Hujung minggu yang lepas kami balik ke Kuala Kangsar.

Best gile dapat berbuke dengan MakAyah lauk keli fresh bakar cicah air asam yang Mak buat masa kami sampai hari Sabtu haritu. Ditambah pulak dengan lauk kegemaran gulai lemak cili api pegaga dengan udang harimau lagilah naik selera makan masa berbuka.

Bersahur lagilah best. Celik-celik mata je makanan dah Mak sediakan siap dengan air teh panas sekali kalau kat rumah sini aku yang kena bangun 4 pagi panaskan lauk semua. Oh bahagianya, Mak goreng ikan belanak masin! Teringat masa bersahur kecik-kecik dulu, mesti ada ikan masin, takpun telur masin. Barulah selera nak makan sahur.

Hari Ahad pulak Mak masak lauk gulai lemak cili api daging salai Negeri 9 punya stail peh sedap sampai nak keluar air mata sebab terharu. Ditambah pula dengan gulai lemak cendawan batang pokok dengan kacang pis dan udang fuiyooo sedap tahap dewa dah tu. Eh, apesal yang aku suka semuanya gulai lemak? Ya, aku inherit selera Ayah – orang nogori. Sebab tu aku tak makan gulai tempoyak walopon dalam surat beranak kata lahir kat Perak. Yang tu sumpah, tekak boleh terima tapi kena paksa.

Nak tau apa tips dapat makan makanan kegemaran tiap kali balik kampung? Caranya… bawaklah Mak tu pegi pasar beli barang nak masak makanan kegemaran korang tu janganlah pemalas sangat tahu mintak je tak tahu nak sponsor.

…………………………..

Baik sangat Win tauuu bagi aku peluang balik kampung jumpa Mak Ayah sebelum raya.

“Kesian Mak, tahun ni tade sape tolong Mak masak makanan Raya.” aku cakap kat Mak sebab tahun ni aku tak dapat tolong dia masak dan kakak aku plak cuma bole balik kampung malam raya.

“Takpe. Mak boleh buat sorang. Tahun ni masak sikit jelah sebab tak ramai yang balik” jawab Mak selamba.

Sedihnya aku dengar.

Malam raya nanti mak aku berbuka puasa dengan Ayah & adik aku sajalah. Yang lain tak ada.

Kenapa? Cerita dia macam ni.

Abang aku kawen dengan anak tunggal so tiap tahun dia kena spend raya dengan pak mertua dia, namanya Pak Malik. Kesian kat Pak Malik dok sorang-sorang dalam hutan kat Grik sana kalau anak tunggal dia tak balik dahlah kematian isteri beberapa tahun yang lepas sedih woh raya sorang-sorang. Kesian kat Pak Malik.

Kakak aku tak dapat balik petang raya macam tahun-tahun sebelum ni sebab laki dia tak dapat cuti. Malam raya baru boleh balik kampung.

Aku raya kat JB dengan 10 orang ahli keluarga Win yang lain.

Adik aku raye dengan Mak Ayah lah.

………………………..

Deal is a deal. Tahun ni giliran beraya kat JB.

Takkan tiap-tiap tahun nak heret Win raya kat Perak sebab modal yang sama? Tak acilah kat keluarga Win kan?

So, suck it up Edot.

Categories: Whatever
  1. August 23, 2010 at 4:13 PM

    sedapnya…terliur pule.. ” makcik ( mak edot ), lenkali tapaukn utk saya sekali. kem kan kat edot..”
    hahahaha~

    • August 23, 2010 at 4:18 PM

      isssssskkkk memang sedap Ecah lauk yang mak masak. nak aku tapaukan. hekhekhek… sure aku perabeh dulu😛

      • August 23, 2010 at 4:33 PM

        klu harapkan pagar pagar mkn padi..suh makcik pos la..hahaha..
        giler demand kan..hahah..mmg terliur arr. ko belajar la buat cm mak ko buat pehtu aku g belajar ngn ko lak

      • August 24, 2010 at 5:39 AM

        yah aku mmg la tau secara teori nak masak semua lauk tu. anyway senang je. cuma nak tune rase bagi SEDAP tu yg ssh sket.. kene belen rase garam pedas semua ohohoho

  2. ruru
    August 24, 2010 at 1:00 AM

    dot. sedap tu. adeh. counting days je aku ni nak makan kari ikan masin dgn tumis ikan keli.

    • August 24, 2010 at 5:36 AM

      huhu. lagi bape hari nak blk mesia ni ruru? raya kat sini ke

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: