Home > Android > [E] Financisto

[E] Financisto

Financisto adalah salah satu aplikasi Android kategori kewangan yang sangat bagus untuk membantu kita menguruskan kewangan peribadi. Kini kita boleh merekodkan semua perbelanjaan dalam hempon dan juga dapatkan laporan kewangan dalam bentuk graf. Mudah bukan?

Tiada lagi alasan, “Alah, mana sempat nak catatkan semua perbelanjaan. Balik rumah dari shopping mesti terlupa berapa dah  belanja~”.

Setiap kali melakukan transaksi, kita boleh terus catatkannya dalam aplikasi ini kerana hempon kita selalu berada dalam poket! SMS kekasih setiap 10 minit boleh, takkan nak catat perbelanjaan pun tak boleh kan?

Dalam aplikasi ini, kita boleh ‘monitor’ akaun bank, akaun kad kredit atau tunai dalam tangan semasa.

Kalau kita membuat transaksi online, kita catat transaksi ‘Expense’ pada akaun bank. Kalau membeli makanan buka puasa di bazar Ramadhan, tolak tunai dalam tangan. Jadi kita boleh keep track berapa duit kita ada yang dalam bank & berapa duit kita yang ada dalam tangan. Kalau kita keluarkan duit dari bank dan tambah tunai dalam tangan, kita boleh guna transaksi jenis Transfer antara dua akaun tersebut.

Kita juga boleh set-kan berapa bajet untuk kategori yang ada. Contohnya kita set kategori Pakaian = RM200 sebulan. Jadi kalau kita berbelanja untuk pakaian bagi hari Raya yang bakal menjelang, kita boleh tengok sama ada kita mengikut bajet atau tak.

Laporan kewangan juga boleh dilihat berdasarkan kategori, sub-kategori atau tempoh masa. Contohnya berapa peratus perbelanjaan kita untuk hiburan, hutang dan berapa yang kita bagi kat mak bapak kita. Nak lebih gempak lagi, cuba letak kategori sedekah. Mungkinkah Sedekah = 0%? Huhuhu.

Kalau kita takut orang tahu berapa duit yang kita ada (sebab malulah duit kita tinggal sikit kan), kita boleh set kata laluan bagi aplikasi ini.

Nak senang, klik sini untuk muat-turun.

Gambar dari financisto.com.

Categories: Android
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: