Home > HerHisTory > [E] Raya kalau dulu-dulu

[E] Raya kalau dulu-dulu

Baju raya biasanya Mak tempah, jarang sekali beli yang dah siap jahit. Wah, kalau aku design baju raya haruslah extravaganza sebab nak meng-glemer-kan diri di pagi raya. Dapat je baju raya yang ditempah terus terai pakai. Kadang-kadang terai-terai pakai sampai taknak bukak. Kalau bukak pun mesti gantung baju tu kat depan almari nak tengok sebelum tido. Punyalah tak sabar nak bergaya pakai baju kurung di pagi raya woh. Eksaited.

Bila aku tengok balik gambar aku masa hari raya (umor 9-12 tahun) lawak gile okeh. Dengan warna baju kurung yang meriah, gincu di bibir merah menyala, pembayang mata sewarna dengan gincu sebab aku calit gincu kat kelopak mata dan tak lupa beg duit raya harus diselepangkan di bahu.

Ciri-ciri beg duit raya yang dibeli tu haruslah sepadan dengan kasut raya dan harus juga cukup tebal nak kutip duit raya dari orang kampung.

Tapi sekarang. Haih.

Dah besar gajah ni baju raya pun malas nak beli. Pakai je baju kurung yang jarang dipakai.

Kasut raya pun tak beli. Pakai je kasut yang dah ada. Slipar jepun pun padan dengan baju kurung kan?

Beg raya pun dah tak beli. Dulu beg raya guna untuk simpan duit raya orang bagi. Sekarang ni beg untuk isi duit raya nak bagi kat orang huhu.

Dah tua-tua macam ni, tak eksaited sangat dah nak beraya.

Categories: HerHisTory
  1. Anis
    September 1, 2010 at 1:44 PM

    Dulu2 shopping pakai duit mak bapak memang le sedap jek bergaya di hari raya…
    Skang shopping pakai duit sendiri… huh… kedekot kemain!

    • September 1, 2010 at 1:44 PM

      HA AH! sanggup g jalan kedai yang sale 70% sana sebab nak murah punya pasal. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: