Home > Whatever > [E] Tuah menyelongkar

[E] Tuah menyelongkar

September 21, 2010 Leave a comment Go to comments

Peti ais dah kosong. Poket pun.. alahai. Dah bawah tahap kemiskinan tegar dah ni hahaha.

Tuah mengelongkar bilik nak cari beg balik kampung nak beraya, terjumpa sampul surat yang dalamnya ada voucher Jusco! RM20 je tapi cukuplah setakat nak beli ayam sekor & sayur kat pasar Jusco tu. Hohoho.

“Eh, agak-agak kalo kite redeem J-point kite, dapat lagi tak voucher macam ni?” eksaited gile tanye kat Win. Win macam biase, tak layan sangat soklan aku.

Dengan penuh semangat, aku berjalan laju menuju ke kaunter perkhidmatan pelanggan kat Jusco nak tanya boleh dapat voucher lagi dak. Oh, rupanya point tak cukup untuk redeem RM40 punya voucher, tapi dapat rebate voucher RM20.

“Ape bende rebate voucher tu?” aku tanya sebab tak pernah tahu. Aku mana pernah redeem voucher sebelum ni.

“Rebate voucher tu layak dapat kalau berbelanja lebih RM500 dari bulan Januari sampai Jun. Pastu kalo July sampai Disember pun belanja lebih RM500, dapat rebate voucher lagi.” penuh berhemah Abang Jusco memberi taklimat.

“Owhhh begitu.” huh. Selama ni aku tak tahu pun.

Tak rugi beli pinggan mangkuk hadiah harijadi ke-27 kat Jusco aritu rupanya. Dapatlah jugak voucher.

Dengan voucher RM40 tulah kami membeli barang dapur untuk bekalan makanan minggu ni.

Selamat. Kalau tak agaknya kami kene kongsi makan 4 peket megi sampai hujung minggu ni T_T

Categories: Whatever
  1. hanisakura
    September 22, 2010 at 9:31 AM

    oooooo.. nak check jgkla rebate voucher tuh.

    • rN
      September 22, 2010 at 12:38 PM

      teringat gak kad J-Jusco aku ni??
      hari tu depa kata nk hntq mai vourcher tu??
      tp silap alamat kt kad tu tk tukaq??
      padanlaaaaaa…
      depa hantaq p rumah sewa lama aku kt bandar tun hussein onn tu??
      hihi… blh tolong tk??
      hampa baik kn?? boleh tolong tk ambilkn vourcher tu pastu pos bg kami??
      nnti ambillah 1 vourcher dlm tu utk hampa pakai.

      Terima kasih.
      Wassalam.

      • September 22, 2010 at 3:51 PM

        woo.. org jauh! xde org baru sewa ke lps ko kuar ruhen?
        mane bole sukati selongkar peti pos org, ish3..

    • September 22, 2010 at 4:21 PM

      check jgn x check. aku pun tatau kata ada rebate voucher tu LOL

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: