Home > Whatever > [E] Sape nak sambung bayar umah sewa aku angkat siku

[E] Sape nak sambung bayar umah sewa aku angkat siku

September 23, 2010 Leave a comment Go to comments

Semalam aku tepon tuan rumah sewa bagitau tak lama lagi aku nak pindah keluar. Pastu tuan rumah aku kata,

“Nanti tanyalah kat kawan kalau ada nak masuk menyewa, boleh sambung bayar.”

Aku kata, “OK-lah~”

Jadi kawan-kawan, sapa yang nak sambung menyewa kat rumah aku ni bolehlah menghubungi aku @ Win. Tulis message kat fesbuk pun aku layannn. Ciri-ciri rumah sewa ini adalah:

  • “Penthouse” yooo~ boleh melihat permandangan indah langit dari tingkap semasa baring di katil dari bilik tidur master.
  • Ruang parking yang tidak terhad. Kalau kaya ada lima kereta nak parking semua dalam kotak parking tak ada sapa nak marah.
  • Jiran yang tak menyebok tanya, “Dah ada isi?” tiap kali bersua di pintu rumah atau tangga.
  • Reception Maxis broadband yang excellent pasti tak marah-marah kalau connection slow.
  • Dekat dengan kedai mamak Taqwa kalau malas masak boleh turun jalan kaki ke kedai mamak tu je. my-Mydin pun dekat dengan rumah, walking distance je.

Takkanlah semua baik ye tak?

  • Kondisi rumah sewa ni agak kurang selesa sebab bumbung macam bocor kalau hujan lebat air meleleh masuk secara perlahan-lahan ke dalam bilik paling kecil.
  • Flush di kedua-dua tandas tidak berfungsi. Kena rajin sikit tadah air dalam baldi.
  • Rumah tingkat 5. Kalau kesihatan tulang belakang tak berapa nak elok tak payah susah-susah kontek kata nak menyewa.
  • Malam-malam sekumpulan anjing akan datang dalam 12 ekor membuat bising di tempat parking. Kalau nasib kurang baik (macam Comot keretaku) akan menjadi mangsa bila bumbung kereta dinaiki Ketua Anjing yang akan berceramah selama berjam-jam kepada ahli kumpulan.

Amacam? Ada sapa-sapa berminat nak sambung sewa rumah aku sewa ni sekarang?

Categories: Whatever
  1. ruru
    September 23, 2010 at 11:44 PM

    lawak siot bab anjing tu.

    • September 24, 2010 at 9:25 AM

      huhu. tp kesian Comot kadang-kadang kene kencing dek hanjing. eee, geram.

  2. September 24, 2010 at 12:00 AM

    Bab anjing tu haru sket nampaknya edot..ko pindah mana pulak ni?

    • September 24, 2010 at 9:28 AM

      anjing tu memang haru. jahat sangat tau. pindah rumah atas tanah ah lepas ni yang letak kete dalam gate agar tidak dijadikan tempat ceramah oleh Ketua Anjing.

      • Jeff
        September 24, 2010 at 9:34 PM

        Wah…bestnye..

      • September 27, 2010 at 5:58 PM

        best part mana? pindah umah ke? yg tu memang best tapi SAPE LARAT ANGKUT BARANG DARI TINGKAT LIMA KE ATAS TANAH NAK TOLONG KAMI PINDAH RUMAH TAKKK?

        T_T

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: