Home > Recipe, Whatever > [E] Saya sayang kamu, periuk nasi!

[E] Saya sayang kamu, periuk nasi!

Ubi kulit ungu tapi isinya oren sangat sedap

Pasar malam Rabu ada jual sweet potatoes ni, sedap woh kalo stim begitu sahaja! Makan dua ketul steamed sweet potatoes ni memang boleh kenyang ah tak payah makan nasi. Hah, sape nak kurus tu terai la menu ni, makan ubi ni so that tak payah makan nasi – mana tahu kot-kot boleh jadi kurus.

Aku makan ni bukan sebab aku nak kuruslah, sebab aku suka! Manis!

Saya sayang kamu, periuk nasi!

Tambahan pula ada periuk nasi yang sangat memahami, pandai mengukus ubi sehingga sempurna – wallah! Kalau guna pengukus atas dapur tu, errr.. pernah terjadi satu kes aku terlupa pasal bende alah kat dapur sampai air dalam pengukus jadi kering dan merosakkan periuk. Sebab aku terleka tengok cerita P. Ramlee HAHA.

OK. Periuk nasi kesayangan ini memang boleh diharap untuk mengukus ubi manis ni. Cuma isi air dan letak ubi atas pengukus dan tekan butang Quick Cook/Steam nanti dia pandai-pandailah fikir nak stim berapa minit. Nanti dah siap dia bunyi BEEP BEEP BEEP BEEP BEEP tepat lima kali maknanya dah siap masak – ubi boleh dimakan. HAH, tak payah risau pasal pengukus atas dapur lagi kan? Sebab tu aku sayang kamu, periuk nasi!

Periuk nasi kesayangan ini juga boleh diprogramkan untuk siap masak pukul berapa. Tapi cuma boleh set nak siap masak nasi pukul berapa, tak bole nak set suruh siap stim pukul berapa (=.=)

Jadi lepas siap masak ubi manis untuk aku bawa ke opis ni, nanti aku masukkan ubi manis dan suruh Win tekan butang Quick Cook / Steam tu sendirilah bila dia balik kerja. Barulah sedap makan masa panas-panas.

Ya, bagus menu ni sebab kurangkan intake nasi untuk Win sebab dia cautious about his weight. Menu ni jugak tak ada garam so harap saya tak naikkan tekanan darah awak😛.

Sapa tak sayang laki, oiiii~~~

 

 

Categories: Recipe, Whatever
  1. iladalila
    October 25, 2010 at 11:18 AM

    edotz….lepaih tgk ko punya keledek rebus, hujung minggu lepas, aku pun pi belakang rumah jiran pi gali ubi kayu….Pagi ahad rebus cicah ngan sambal tumis….Pergh……sodap seh.

    • October 25, 2010 at 7:20 PM

      haha, bagus. bagus. apesal ko korek blkg umah jiran, umah ko tade tanam ke? paling senang ko beli kat psr malam je Ila~~😛

  2. iladalila
    October 27, 2010 at 10:56 AM

    belakang rumah aku rumah kakak aku, belakang rumah aku rumah aku..hahahah. takde ruang tanam ubi. kebetulan masa aku nak mintak ulam pegaga dia korek ubi, aku tolong rr makcik tu shian dia..Pastu dia bg sket ubi yang kena gali tu sket. smlm aku blk umah mak aku masak ubi masak asam + ikan masin…YUMYUMYUM

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: