Home > Shoutout > [E] Kalo beli hat ni agak-agak baguih dak?

[E] Kalo beli hat ni agak-agak baguih dak?

Laa, rupa-rupanya iron yang aku dok pakai kat rumah sewa tu iron turun-temurun sejak kakak aku dok menyewa kat sana lagi, lama gila dah tu. Tak pasan sampailah hari kami pindah rumah aritu, “Eh, nak bawak ke iron ni? Ironbod pun dah nak runtuh ni.”

Last-last cuma bawak iron je, ironbod tinggal dengan harapan nak beli baru la konon.

Tapi bila pikir-pikir balik, aku nak jugak merasa pakai iron baru. Kami kawen dulu takdak sapa bagi hadiah iron haha. Kesian.

Kalo aku beli garment steamer macam gambo di ateh tu, baguih dak? (^_^)

Win kate, “Tak lenguh ke nak kene iron baju yang tergantung?” macam ni..

Err, lenguh kot.. no?

Kalo iron baju tuk seminggu ada 5lai baju – itu hat Win punya saja. Hat aku punya tak wajib iron. Sebbaik tempat gheja aku tak kesah aku pakai apa so aku memang pakai jeans & t-shirt semedang ah. Tapi ada gak kadang-kadang aku rasa nak melawa sikit aku pakai baju kurung gi gheja, tupon orang akan tanya, “You ada majlis nak attend after work ka? Ada dating ka?” Haha, tu dia punyalah jarang pakai baju kurung punya pasai kan.

Bila aku baca forum pasai benda alah ni, ramai yang kata tak sesuai tuk kegunaan rumah, lebih sesuai tuk guna kat butik baju sebab sana banyak baju nak kene iron. Kat rumah sikit je.

Ada yang besa pakai benda alah ni masa gheja kat kedai baju kata, benda ni tak baguih. Hat yang steam tekan atas iron board tu lagi baguih.

Benda ni menarik minat aku sebab jimat ruang, comel, nampak moden dan nak iron langsir pun buleh aih. Tak bermakna aku ni rajin amat tahap nak iron langsir la kan, tapi angan-angan harus ada. Eh, rumah aku mana ada langsir hahaha.

Eh, jadi macam mana eh? Nak beli ke dak? Nak beli ke.. nak beli?

Sapa ada guna steamer ni angkat tangan.

Categories: Shoutout
  1. nurul
    November 8, 2010 at 10:28 AM

    iron ni rege dia area 200-300 kan edot? huhu..mahai..aku pun teringin gak..cun iron steam ni kan..:)..kat umah mak aku diorg de diorg guna..sebijik mcm dlm gambo,tp aku tak penah test..tp yg aku tau..baru pakai seminggu dah rosak..kene anto kedai smula..hehe..

    • November 8, 2010 at 11:36 AM

      huhu, bende ni setakat ni aku tau ada 2 jenis. yg x boleh laras tahap steam, RM349. Kalo hat yang buleh laras tu, RM429. (T_T) mahaiiii~

      yeke baru seminggu pakai dah rosak? haha.. alaa~ ko tak terai test ek. aku baru nak tanya camane feel, boleh hilang ghedot kaa dak, lepaih steam tu senang nk ghedot balik kaa dak, sehelai kemeja bapa lama amik masa, penggunaan api pulak – kuat guna karen kaa..

      hum, kene kaji banyak lagi ni. Thanks uyul~

  2. hanisakura
    November 9, 2010 at 10:09 AM

    nape aku rase cam mengarut je iron ko nih? kat umah aku pki steam iron yg kuar kat iklan tu. yg iklan org kat gym tu tu. mmg best la. aku manjang je pki steam utk aper jenis baju. heheheheh

    • November 9, 2010 at 11:50 AM

      haha, sebab ko tak pnah tengok iron ni in-action. sebab tu rase cam EH MACAM MANA IRON BENTUK SIPUT NI BOLE IRON BAJU kan kan kan?

      iron ko pakai tu jenama mahal Tefal. harga dasat tu, mmg patut pun rasa best. huhu.

      aku nk try garment steamer ni sebab tak payah pakai iron bod konon2 rumah terlalu kecil untuk simpan ironbod lah haha

      • hanisakura
        November 9, 2010 at 1:58 PM

        haah.. jenama tefal. mahal ke? mahal lg kot yg ni. eh yeke? aku rase aku pnah p usha. dlm rm250 kot. tp tu aku agak2 jela hehehe. ala aku tau bnda ni aku slalu nmpk kat butik. tp mahal giler eh hargenyer. ade kegunaan lain x? steam muke ke? leh wat facial :p

      • November 10, 2010 at 7:42 AM

        Tefal mahal. Ada yang cakap kat forum die beli Tefal harga RM1799 hah kau mahal gile tapi dpt free special iron bod jenama Tefal jugak lah. But still.. MAHAL GILE.

        Tefal iron pun ada banyak jenis, ada yg murah ada mahal, tapi tak silap aku paling murah pun dlm range 200 & above kot.

        ah, cancel la beli iron. Aku nye higher priority skrg adalah water filter pulak (=.=) huhuhu

      • hanisakura
        November 10, 2010 at 5:37 PM

        biar betikk!!!! rm1799. giler ke hape beli iron mahal2 gitu. ape kelebihan die? mamapu digune utk menggosok karpet ke? isk!! merepek je. yg kakak aku beli yg rege rm200++ tu jer rasenyer. xla sampi thp RM ini-harge-utk-org-yg-suke-membazir. water filter? no idea. kakak akua de pk nak amik diamond je. yg sewa hari2 tu. sbb nnt ad org dtg servis. da kompem free servis sbb kt sewa. tp ikut kemampuan gak. pilih elok2 la eh (^_^)v

  3. huserk
    November 30, 2010 at 8:50 AM

    hehe salam lama xjenguk bz. mcm best je iron ni, lg senang ka nak iron sbb huserk ni jenis pemalas nak iron baju. hehe tp kat mdjiwa ingat lg, masa booking2 iron kat surau atas tu, k.edot turn lepas huserk, then siap sembang2 tanya sapa ajar iron baju, kita ckp blaja sniri. then kena puji2, bagus2 blaja sniri awal2. heheheeee tp hakikatnya antara byk2 kerja rumah, iron baju paling pemalas di dunia utk dibuat wahahah

    • November 30, 2010 at 10:55 AM

      tatau lagi huserk, tak beli pun lagi bende alah ni haha. eheh, sekarang dah nak kene iron baju tuk 2orang kan lagi la rasa malas kankankan.. huhu.

      eh, ingatan jenis apa ko ada ni huserk. siap ingat sapa turn sapa booking iron haha. yela kot k.edot ni dah tua pelupa tak ingat sgt dah cite lama. Oh, kalo pandai iron kan, beli iron berat cam asrama kita dulu pun ok apa~ takyah beli advance2 cam dlm gambo ni😛

  4. g
    April 20, 2011 at 10:46 PM

    sorry, dah t’tinggal keretapi..tp nk komen gak. Sbb saya baru beli steamer mcm kt atas tu..yg tak boleh laras. Tgh offer rm200. Mula2 lenguh, then lama2 ok! Cuma sbb xleh laras, jenuh la kalau kena baju yg tebal. Kalau stkt kemeja biasa mmg sng. Kebaikannya, seluar slack suami boleh hilang kedut pd sume bhg. Sblm ni bhg pleat xleh iron sbb akan jd mcm berkilat.

    • April 25, 2011 at 3:55 PM

      wah, tengs for the review! beli kat mana dapat harge 200 tu? nak gak g sebey.. kalo harga dah offer camni berbaloi gak buat muka comel kat suami soh dia pi beli hohoho…😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: