Home > Shoutout > [E] Tetamu

[E] Tetamu

Selama aku tinggal kat rumah mak aku kat kampung, tak pernah sekalipun aku jumpa tetamu yang banyak kira memilih. Yang aku biasa tengok, apa je mak aku hidangkan semua deme telan. Kalau ada pun, cuma orang tua yang tak boleh minum air manis minta kat aku nak air jarang /air masak. Tu aku OK lah, sebab yang tu memang munasabah.

Kat sini bila aku terima tetamu, rupa-rupanya tak semua tetamu tu telan benda yang sama macam aku telan. Ada this particular tetamu bila dia kata nak mai rumah, aku terus cek apa ada dalam peti ais aku, kordial apa ada. Kaget bila aku cuma ada uncang teh & kordial sirap. Sebab tetamu tu tak minum 2 jenis air ni.

Dia tetamu yang tak minum teh. Sirap pun tak minum gak rasanya. Bila aku bancuh air Sunquick – Iced Lemon Tea pun tak nak minum gak sebab ada rasa teh. So bila aku hidangkan semua jenis air di atas, cawan dia memang tak berusik langsung. Rupa-rupanya dia tak minum teh sebab dia kata dah bosan. Yaaa~ yang nilah aku macam pelik. Lainlah kalo alasan tak minum teh sebab kalo minum nanti perut masok angin, tu aku boleh terima. Haih~

Kalau aku lah tetamu, pi rumah sapa pun air apa pun yang depa hidang aku telan saja asalkan air halal. Dulu masa aku kecik-kecik kan, masa raya, aku & kawan-kawan pergi ke satu rumah ni kat kampung. Mak aih, air yang dia hidangkan rasa macam air basuh pinggan tapi tetap aku habiskan air dalam cawan aku. Sejak raya tahun tu, kami gelar rumah tu “rumah makcik yang bagi air kencing kuda.” Hahaha. Sebab kami agaklah kan, air kencing kuda rasa dia macam tulah.

Oh, aku pun ada gak memilih pasal makan ni. Aku tak makan kuih yang bukan mak @ makcik-makcik kat kampung aku yang buat. Tapi kalo aku pergi rumah orang yang hidangkan kuih, aku makan jugak tapi satu je. Makan untuk amik hati tuan rumah.

Marilah kita menjadi tetamu yang tak banyak kira!!

 

Categories: Shoutout
  1. hanisakura
    November 15, 2010 at 3:22 PM

    serius ade org camni. isk.. kok ye pun telan jela. setakat nak jaga ht tuan rumah kan. bkn mati pon.

    • November 15, 2010 at 5:54 PM

      haha, teringat kat bapak aku. dia tak makan spageti dan kalau pergi rumah orang yang hidang spageti, dia makan jugak tapi kunyah kat gigi depan sebab tak lalu makan. kesian.. huhuhu, tapi betul lah.. makan je buat jaga ati tuan rumah.

  2. duan
    November 18, 2010 at 9:50 AM

    hahahaha ko kasik kopi pak belakang jer edot.. kasik pahit sket muka dia.. alang2 dia begitu might as well we have fun kan😉

    • November 18, 2010 at 11:29 AM

      kopi? itu kene test dulu kot-kot tak minum kopi gak hehehe.

  3. November 22, 2010 at 3:28 PM

    edot… salam.. nanti kami datang umah buatkan air carrot susu yea… hikhik… [jiran baru bayu park]

    • November 22, 2010 at 3:32 PM

      haaa, nak kene tanam keret la pulok umah aku nk buat keret susu tuk tetamu bayu park ni.. hahaha

  4. November 24, 2010 at 9:56 AM

    perhhh…. kalo aku dpt tetamu camni.. kompem aku hidang jek air teh n wat dekk jek… wat sakit pale jek layan org camni

    • November 24, 2010 at 12:17 PM

      eh, tetamu harus dihormati😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: