Home > Recipe > [E] Resipi Pizza Derby

[E] Resipi Pizza Derby

Base pizza:

– mula-mula adun 500gm tepung gandum, sepeket yis Mauripan, garam & gula secukup rasa dengan 300ml air yang dimasukkan sikit-sikit.

– pastu uli sampai tangan lenguh. eh, yela aku tade mixer. korang yang ada mixer bolehlah guna mixer.

– biarkan doh tu naik dalam masa sejam. tapi aku aritu buat pizza malam-malam buta so cuaca dah sejuk, guna periuk nasi je naikkan doh sebab ade function “Fermenting”. sebab tu i lebiu, periuk nasi!

Sos pizza

– sediakan sos pizza sementara tunggu doh naik.

– tumis bawang putih & bawang merah dengan cili kalau nak pedas sikit. (aku guna cili boh cap Puteri je – dasar pemalas)

– masukkan ayam yang dah potong kecik, biar didih sampai ayam masak.

– pastu, masukkan tomato yang dah dipotong kiub & 1 tin tomato puree (tin yang paling kecik skali)

– tabur garam & gula secukup rasa. kalau ada oregano bole masuk skali. tapi aritu aku boh Mix Pizza Sauce sikit.


sepatutnye sos pizza siap, doh pun dah naik elok dalam 40 minit macam tu (guna Fermenting function). Doh akan jadi besar gabak dan kemudian korang bahagikan 2 bahagian, boleh buat 2 large pizzas (guna 12 inch punye pizza pan).

pandai-pandailah korang ratakan doh tu dalam pizza pan, sapu olive oil sikit kat atas base tu sebelum tuang sos pizza.

lepas tu, bolehlah tabur toppings yang lain contohnya button mushroom yang dah potong nipis, nenas dalam tin yang dipotong kecil, chicken ham, bawang besar India yang kaler kuning tu. Hah kau, terus jadi Hawaiian Chicken ala Derby. HOHOHO.

Selain daripada ayam, boleh jugak letak toppings seafood contohnya tuna dalam tin, letak crabstick yang dah rebus sekejap, sotong yang dah dicelur sekejap.. wahlau dah jadi Island Supreme!

Okeh, makan pizza tade cheese ape barang~~ Maka lepas susun cantik-cantik toppings yang korang suke, taburlah Cheddar cheese yand dah diparut. Mana nak cari? Tu ha kat gambo Pizza Sauce Mix tu ada nama kedai kan? Pegilah kedai tu cari, SEMUA ada.

Oih, lupa nak pesan.. sila pre-heat oven korang dengan suhu 180 darjah selama 15 minit sebelum masukkan pizza dalam oven. Ok, dah letak cheddar cheese kan? masukkanlah pizza dalam oven dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah.

Lepas 20 minit oven pun berbunyik RING RING RING, keluarkan pizza tu sekejap sebab nak tabur cheese yang paling penting iaitu Mozzarella!! Yaaa, cheese inilah yang akan buat pizza kita ni macam iklan Pizza Hut tu, bila angkat pizza cheese melekit-lekit tu kan.. haha.

Tapi disebabkan telah berkahwin dengan orang Melayu berdarah Jawa yang tak nak mulut dia busuk bau cheese lepas makan pizza, aku letak Mozzarella secukup rasa je kang tak laku pulak pizza aku ni banyak sangat cheese. Kalau ikutkan hati, memang nak tabur banyaklah jugak tapi tengok harga kat peket Mozza tu errrrr.. takpela sikit-sikit jela gune ye.

Bakar lagi pizza tu untuk 10 minit dan pizza tu pun siaplah untuk dimakan.

Selamat mentekedarah!!

aritu 2 large pizza aku dengan Win makan berdua jek. Kenapa aku tak gemok ah?

ps: cikana, kalo ade step ter-miss tolong bagitau ye.. ni main hafal je ni.

Categories: Recipe
  1. December 10, 2010 at 11:02 PM

    Ok dah siap salin edot..nnti klu rajin boleh buat…
    opss..kejap, rumah aku takde oven…whuaaaaaaaa..

    • December 12, 2010 at 3:52 PM

      alah, leh try bila dah ada oven nanti. mana tahu hadiah harijadi tahun depan dapat oven wohohoho

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: