Home > HerHisTory > [E] Gaji pertama

[E] Gaji pertama

Tadi aku terbaca blog seorang mak yang baru dapat gaji pertama anak sulungnya. Hepi betul dia.

Buat aku teringat pasal gaji pertama aku, yang tak cukup untuk aku bagi mak merasa banyak. Kesian Mak.

Masa tu gaji pertama aku cuma RM800 sebagai programmer. Tinggal kat rumah sewa dengan kakak, kongsi bayar sewa RM200 sorang. Baki lepas tu bukanlah Rm600 sebab dah kene potong KWSP & SOCSO, dalam RM500 camtu kot untuk terus survive dalam sebulan. RM500 tu sekejap je boleh habis kalau perempuan. Beli pad, beli bedak, beli ubat gigi, topup henfon.. tinggal cukup-cukup je untuk makan.

Nasib baik tak kene bayar hutang kereta & hutang PTPTN lagi, tapi kene tong-tong kongsi duit minyak sebab gi keje naik moto dengan Win. Kami keje tempat yang sama masa tu, gaji pun sama lah hahaha. Sewa pun rumah sebelah-sebelah – Win menyewa dengan boyfriend (laa ni dah jadi suami) kakak aku.

Pernah kami berdua ni makan megi beberapa dinner berturut-turut sebab poket kering habis. Teringat ada satu malam tu, kakak aku balik keje belikan nasi lemak ayam berempah sebab dia kesian kot tengok kami makan megi banyak kali kang botak pulak kepala Win masa nak bersanding dengan aku hehe. Ush, aku masih ingat lagi betapa nikmatnye dapat makan tu sebab dah berapa hari dok makan megi. Win pun dapat sebungkus nasi lemak tu. Huhu.

oh, sentimental la pulak teringat cerita lama gaji 800.

Tapi tulah kan, kalau dah pernah rasa susah bila dah dah tak susah sangat reti lah jugak nak bersyukur. Taklah asyik komplen sana sini itu tak kena ini tak kena itu tak sedap ini tak sedap itu tak best ini tak best.

Categories: HerHisTory
  1. jafni
    December 21, 2010 at 12:07 AM

    Biar betui?Sikitnya gaji ko.Tak patut.Kalau aku dapat keje tu,lama dah rejek.At least bagila RM1200 ke.Better masuk program latihan apa-apa ke anjuran MDEC atau kerajaan. Dapat RM500 lumpsum xde potong2.

    • December 21, 2010 at 11:54 AM

      haha, begitulah nasib fresh grad yg try nasib kat kompeni melayu yang baru nak bangun. mebi dorg bagi gaji rendah sebab tak percaya lagi bole buat keje ke tak.

      tapi takpe, pengalaman banyak walopon cuma 3bulan then aku fly ke india wat training java MDeC.😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: