Home > Whatever > [E] Komplikated

[E] Komplikated

Selalunya yang komplikated ni dalam hubungan sesama manusia. Yang paling selalu, hubungan lelaki dengan perempuan.

Yang pompuan belajar lagi yang lelaki pulak jauh lebih tua – keje askar. Tak tahan sangat-sangat dah nak kawen tapi makbapak tak bagi yelah stadi pun tak abis lagi, last-last diorang kawen lari. Komplikated la ni, sebab cinta tak direstui. Benda ni memang jadi betul-betul tau kat kampung aku, bukan dalam drama je. Yang pompuan tu aku memang kenal sangat, baik orangnye tak pernah lawan cakap makbapak. Bijak pula tu, masa tu tengah stadi kat U. Dia terus hilangkan diri masa naik bas nak balik U, semua orang ingat dia ni kena culik tapi alih-alih tak lama lepas tu dia SMS kat bapak dia kate dah kawen. Taknak balik rumah lagi. Kecewa betul makbapak dia sebab harapkan anak sulung ni lah jadi kebanggaan keluarga. tsktsktsk.

Kalo korang lah kes cinta komplikated tak direstui orang tua macam ni, apa korang nak buat? Aku.. ntahlah. Tak sampai ati ah nak lari.

Yang kawan opis aku aritu bercinta dengan awek pilihan, tapi berbelah-bagi nak ajak kawen ke tak sebab awek tu tak pakai tudung. Kawan aku ni rasanya mak dia dah bagi syarat, nak cari bini kena baik budi bahasa dan pandai masak. Komplikated jugak ni. Dia tanya aku, camana? Aku cakap, kalo agak-agak pompuan tu lembut hati nak pakai tudung satu hari nanti, ajak jela kawen pastu nanti dah ada kuasa veto nak soh pakai tudung. Tapi tahlahkan, benda ni susah nak cakap sebab ni bukan benda kecik, nak ajak kawen tuh.

Kalo korang punya awek/boyfren yang tak menepati syarat nak buat bini/suami.. apa korang buat?

Tapikan, dalam banyak-banyak cerita komplikated.. yang paling komplikated ialah masa nak baru start (relationship).

Ada satu ni… dia kompius, sama ada budak laki ni buat baik sebab suka kat dia atau memang budak laki ni jenis baik dengan semua orang – dia takut dia dapat wrong signal. Aku rasa ni pun komplikated jugak, sebab kalo tak betul-betul pasti orang tu suka kat kita ke tak, camana nak start? Hmmm, aku rasa kalo kite suka kat seseorang tu, kenelah bagi strong signal kan?

Kalo terkena wrong signal payah.

Kalo bagi signal tak cukup strong pun payah.

Dapat mixed signal laaaagi payah.

Aih… memang komplikated.

Categories: Whatever
  1. December 22, 2010 at 9:54 PM

    Kalau libat mak bapak memang payah la edot, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak…. eh kenapa complicated sangat entry ko ni edot? ekekkeke

    • December 23, 2010 at 8:21 AM

      haha tahlah fida, rase cam nk kongsi. kot-kot ada reader yang ada masalah hubungan komplikated camni… pastu dh plan nk kawen lari kekekeke…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: