Home > HerHisTory > [E] Nak improve tapi main hentam

[E] Nak improve tapi main hentam

Dulu mase sekolah kan, teacher aku selalu pesan, “Speak in English! Doesn’t matter if it’s wrong and people might laugh at you.”

Pastukan, aku bila nak cakap English, seboleh-boleh nak sama laju macam cakap Melayu dan akhirnya banyak yang salah sebut. Berterabur grammar. Past tense, present tense – semua tah ke mana.  Dahlah tak baca buku English sangat, harapkan bahan bacaan dalam kelas je.

Selain daripada asingkan kelas macam sekolah lain, sekolah aku juga asingkan student untuk subjek bahasa Inggeris. Maknenye, kalau time subjek English je, kami kene tukar kelas. Masa mula-mula daftar sekolah tu kami kene amik ujian English, sapa pandai English dia masuk kelas depan & yang tak berapa nak pandai English tu dengan segala hormatnya dipersilakan masuk kelas yang belakang-belakang.

Aku? Mestilah kelas belakang.

Kenapa sekolah aku buat macam ni? Bukan sebab nak perlekeh budak yang tak pandai English, tapi pengasingan ni nak bagi ‘basuh’  sikit budak-budak kelas belakang ni supaya jadi pandai macam kelas depan. Then bila periksa akhir tahun, sekali lagi kami ditapis ikut markah English untuk tentukan kelas English tahun depannya – sama ada naik kelas atau turun kelas. English is a big deal kat skolah, beb.

Ya, tahun depannya aku berjaya naik kelas – kelas hadapan. Terima kasih kat cikgu yang ‘basuh’ aku masa aku dok di kelas belakang.

Belajar dalam kelas hadapan ni penuh dengan budak pandai English, sampai aku malu terus nak bercakap English dengan dorang. Dorang ex-sekolah Convent, pernah stadi obersi masa skolah rendah, memang dah biasa cakap English, dengar lagu-lagu English, mak bapak dah suruh baca buku English sejak lahir.. maka dorang ni memang pandai ah English. Tapi aku budak kampung ni? Tak berapa pandai, nasib je tu berjaya naik kelas. Bila orang soh speaking, berterabur.

Camane nak improve English ah?

Orang biase kate, “Ala hentam je tulis karangan dalam English, yang penting mencuba.”

Kalau main hentam je tulis karangan English / cuba speaking English TAPI MALAS nak periksa grammar, cerita yang dah lepas pun konfiden je guna present tense, pastu kata bandingan pun main hentam je tulis / cakap more happier, more brighter pun… camane nak kate, “Oh, I am trying to improve my English” tapi sebenarnya malas nak belajar jalan yang betul?

Tulah Ayah aku selalu kata, “Fikir dulu!” sebelum cakap English. Dia kata English aku berterabur.

Pernah jugak aku ditegur atas kesalahan ejaan masa presentation English, If you don’t know how to spell it, don’t use the word at all!. Ini penting, wokey? Jangan pulak nak cerita pasal rumah bocor “leaking” tapi tulis “licking“. Lain maksud tu.

Aku kalau tulis blog entry dalam English, grammar / spelling aku kalau salah memang kene sound direct punya dengan Win.

“Google lah dulu sebelum tulis.” katanya.

Sebab tu kalau aku tulis dalam English, berulang kali aku baca dulu ayat yang aku tulis tu, cek betul tak grammar? Nak guna past tense ke present tense? Perkataan happy gune more atau ada- ier kat belakang? Sebab kalau aku main hentam je, camana nak improve?

Bila speaking pun, aku cuba cakap slow-slow cari perkataan yang sesuai. Aku paling lemah bab speaking, dahlah kat tempat kerja aku ni memang kene cakap English 100% sebab kat sini bukan semua paham bahasa Melayu. Kawan-kawan kerja semua dari India, Filipina, Indonesia & client orang London. Ah, berhabuk la aku nak speaking dengan dorang kan?

Apapun, aku sendiri memang tengah nak improve English. Membaca buku English cerita Harry Potter dari no1 ke akhir skali je tak cukup, kene prektis speaking juga.

Selamat maju jaya.

Categories: HerHisTory
  1. @r3|4^2
    January 12, 2011 at 8:57 AM

    1 tips, kalau ko nk improve vocab, setiap kali ko jumpa perkataan yg xfaham, ko cari makna dia dlm kamus, lps tu tulis dlm satu buku nota. Dulu mmbr aku wat cani. Mmg gile powah la BI dia.

    Aku buat gak. Tp lps cari makna dlm kamus, lupa @ malas nk tulih balik dlm buku nota. Tu yg tunggang langgang gak wakaka.. ‘=_=

    • January 12, 2011 at 10:01 AM

      Haha, aku pnah gak wat camtu tp sbb salu mkn semut kut jadi lupa walopon dh cari makna dlm kamus.
      Tp tips tu kalo buat sungguh2 mmg bole bjaya, kan?

  2. palie
    January 12, 2011 at 11:12 AM

    aku pun sama jgk.. english berterabur.. manager siap cakap “you have to improve your presentation skills to go further in the area.. i tak kisah kalo u nak amik english course ke” (lebih kurang gitu la die ckp)… gile malu.. huhuhu..

    tp smpai skang aku xde plan ape2 nk improve english aku.. hehehe..

    • January 12, 2011 at 11:59 AM

      ala, xyah malu bukan ko sorg😛 ramai lagi English terabur.

      ooo.. bole claim x kalo g english course? kalo bole, baik ko amik peluang. presentation skill tak bole improve dlm mase sehari.. makan bulan/tahun gak tu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: