Home > Stumble Upon > [E] Cubalah Himalaya Protein Shampoo

[E] Cubalah Himalaya Protein Shampoo

Aku ni dulu rambut jenis suka gugur secara pukal. Memang banyak sangat sampai lantai kat rumah tu setiap hari ada je rambut aku yang gugur! Nak kata aku menyikat rambut kat situ – tak juga. Habis tu rambut tu semua datang dari mana? Mestilah gugur secara tiba-tiba (T_T)

Yang hairannya, rambut Win tak lah gugur sebanyak tu atas lantai. Rambut pendek-pendek Win tak banyak tapi yang banyak rambut panjang-panjang (eh, rambut hantu kot?). Eeeee… Dahlah aku ni bukannya rajin sangat nak sapu setiap hari rambut tu semua, jawabnye kutip dengan tangan je lah.

Pernah tengok tak iklan syampu Pantene kat TV untuk rambut gugur tu? Yang kata “98% kurang rambut gugur“… Haah la sangat. Aku pakai syampu ni rasa macam 98% rambut aku gugur. Harapkan wangi je lebih, tapi tak sesuai tuk aku. Huh.

“Eh, rambut awak dah start botak kat sini lah… “ Win tunjuk satu spot kat kepala aku.

“Yeke???” aku buat muka cuak gila.

“Ni nanti lama-lama mesti botak terus.” saje je kan nak takutkan aku. Tapi memang aku takut pun.

Win yang kesian dengan rambut aku yang makin menipis & sikit lagi nak botak tu pun pergi Google pasal masalah rambut gugur. Ada orang suggest syampu Himalaya – Protein Shampoo (for dry & damaged hair).

Kami pun pergilah cari syampu ni. Jumpa kat Watson, harganya mahal sikitlah dari syampu biasa tapi takpe, belum cuba belum tahu.. kan?

Sekali aku pakai syampu tu.. bau dia mang aihhhh~ nak kata busuk tak tapi nak kata wangi tak boleh. Senang cerita aku tak berapa nak sukalah bau tu tapi faham-faham jela negara asal produk Himalaya ni, hidung kita tak sama – depa hidung mancung sikit.

Oh, penggunaan pertama kali ni buat rambut yang basah tu macam kesat.. boleh buat bunyik “nyit nyit” macam iklan Axion (part yang orang tu calit pinggan selepas dicuci). Aku rasalah, aku kena pakai sekali dengan perapi kot baru ok.

Aku cuci rambut setiap 2 hari dan hasilnya (belum pun habis guna 1 botol kecil syampu tu) jeng jenge jeng

….

makin kurang rambut yang boleh dilihat gugur di lantai! Yahoo!! Sekarang ni boleh kata tak ada langsung rambut aku atas lantai okeh~

Hebat syampu protein Himalaya ni tuan-tuan. Syabashhh Inspector sahab.. syabbashhh!

Jadi kepada korang di luar sana yang mempunyai masalah rambut gugur macam aku ni dulu.. cubalah pakai syampu Protein Himalaya ni ok? Kalau tak ok jangan marah aku, marah Himalaya.

Bye bye bye~

Categories: Stumble Upon
  1. aito
    November 4, 2011 at 4:17 PM

    mgkn product himalaya ni mmg bagus kot edot..dulu ms kt sana kan, aku nyer kulit kt kaki,kering tau..kulit kering cmtu..perubahan cuaca agaknye hahaha..pehtu aku cm xtau nk buat pe..g ape tuh loyal world eh, nmpk lotion brand himalaya ni la..then aku pon tibai je la beli..tapi kesan nya mmg meletop..kulit kaki aku mmg xkering dh.seriously.aku pon cm amazed jap..but then dh blk mesia, xperlu lg riso sbb kaki aku sesuai ngn cuaca disini kot..ngeee~..*eh comment ni leh buat satu entry lain*

    • November 4, 2011 at 4:20 PM

      ohhh, haah kat sana dulu pun kulit aku kering sket tapi aku beli Vaseline sebab rase cam murah semacam plak kat LoyalWorld tu (betul kot nama kedai ni😛 )

      barang Himalaya yang aku paling suka, balm die.. yang jernih tuk selesema tu.. wangi sangat! Sekarang aku dah tukar syampu, try Anti-Hairfall pulak tapi still Himalaya product la. See how. But this one bau betul-betul masculine punye! HAHAHA. aku kuar blk air bau macam jantan

  2. November 11, 2011 at 5:50 PM

    apa perubahan fizikal ko masa ko mengandung ni selain perut ko.?Contoh rambut ko jadi lembut ke,kulit jadi lebih halus mulus dll.

    • November 11, 2011 at 5:55 PM

      ada pulak aku tanya soklan gini.Cancel soklan ni.Delete2.

      • November 13, 2011 at 5:42 PM

        haha… tak salah pun soklan ni jaf.

        kulit aku jadi kurang berminyak, rambut lebat dari dulu (mebi sebab pakai syampu ni😛 )

  3. zyda
    November 12, 2011 at 10:06 PM

    iye ke shampu tu berkesan edot? akak sekarang pun da nak botak. orang kata, bila baby kita suka main air liur, kita akan mula gugur rambut. Wallahu a’lam. nak gi cari la juga shampu tu. Yang hak Pantene ni memang makin banyak je gugurnya.. makin kerap pulak Balqis jerit.. “Eiiii… rambut mama! banyak!” sambil point atas lantai..😦

  4. diezakiah
    June 8, 2012 at 10:17 AM

    tp saye pelik la, kenape my fiance pakai syampoo hair-fall himalaya rambut die gugur 40 helai?mule2 ingt die nk buang dl rmbut rosak..so sedapkan hati n pki minyak die sekali..but then hari2 30 40 helai gugur….now die stop sekejap pakai..sebab utama die beli ialah rambut die kuat sangat gugur sampai dah nmpak botak kat belakang..dahi pun makin luas..risau gak..umur baru 28..ade siape2 blh tolong x kat sini?:(

    • June 8, 2012 at 10:20 AM

      kalo dh try tapi still gugur, baik stop guna syampu ni. kang tak pasal2 botak teruss😛

      aku pun ada pakai anti hairfall tu tapi nampak gaya x berkesan. skrg ni agaknye faktor hormon, x kira aku pakai syampu apa pun still gugur mcm salji.

      sorry tak dpt tolong byk dlm hal ni😦

  5. amal hayati
    June 12, 2012 at 11:57 AM

    knapa rmbut sya still gugur lg….?xsesuai ker…?emmmmmm….

  6. anne
    July 6, 2012 at 10:10 AM

    dulu rambut saya gugur seperti kalian…then sya try guna shampu yg ber gel..yg tidak cecair nyer seperti susu…kalu bole guna perapi yer jgn guna kulit kepala, itu yg mengakibat yer rambut lebih byk gugur..

  7. hayat
    June 13, 2013 at 7:00 AM

    anak saya berusia 17 tahun. mengalami masalah keguguran rambut yg agak teruk sampai nampak kult kepala. ada cadangan utk masalah ini?

    • July 24, 2013 at 3:25 PM

      sorry, saya punya masalah rambut taklah sampai nampak kulit kepala. kalau serius sangat, rasanya lebih baik bawa anak puan ke doktor

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: