Home > Ads, Info @ Article @ News > [E] Bagilah kat badan kebajikan kalau ada perabot lama

[E] Bagilah kat badan kebajikan kalau ada perabot lama

Korang ada perabot lama yang kalau nak buang rase sayang sebab macam agak elok lagi tapi kalau nak simpan pula, takde tempat nak letak sebab rumah jenis townhouse sempit?? (cerita pasal diri sendiri😛 )

Contohnya macam set sofa L-shape jenis PVC kami ni (dalam gambar tu cuma ottoman je), dah berumur 3 tahun dan dah koyak sket kat tempat duduk. Bila kami order set sofa baru, kami tertanya-tanya mana nak buang set sofa lama ni?? Nak buang ke tempat yang sepatutnya, kena sewa lori. Tapi sayanglah, bukan buruk sangat pun nak kene buang ke sana.

Kami pun tanya kat kedai perabot yang kami beli sofa baru tu, macam mana diorang setelkan perabot lama?

Mr. Andy tu cakap, kalau masih agak elok sofa tu bolehlah bagi kat badan kebajikan. Dia bagi nombor telefon CRC (017-3638100) dan suruh kami tanya sama ada CRC nak amik tak set sofa lama kami tu.

Bila aku telefon, CRC setuju nak amik set sofa tu hari ni (Ahad).

Tapi bila lori sampai dan tengok sofa tu ada koyak sikit, dia kata mungkin charity akan buang sebab kalau nak repair bahagian rosak tu pun, kos agak tinggi. Jadi diorang minta ‘Cash Fund’. Dorang nak RM50. Aku pula macam “Ehhhh… nak bagi barang lagi mau duit cash kah?” Pelik tak? Kalau sofa ni tak rosak, takkanlah aku nak beli sofa baru?? Ek eleh.

Nak fikir panjang pun tak guna, bagi jela RM40 – agaknye dorang nak amik kos lori. Asalkan niat aku nak bagisofa ni kat badan kebajikan tercapai. Apa dorang nak buat dengan sofa ni lepas ni, suka hati doranglah kan?

ps: Susah wey nak cari orang yang nak sedekah barang yang masih tip top kat badan kebajikan. kan??

pps: rasenye CRC ni cover kawasan Lembah Klang je kot. Kalau yang dari Johor tu nak sedekah perabot lama, kene cari servis kat sana la no??

Categories: Ads, Info @ Article @ News
  1. November 14, 2011 at 3:19 PM

    aik? pandai bertutur dlm bahasa kedah plak no…. ‘no’ tu yg tk tahan..
    bguilh sedeqah brg-brg t’pakai ke rmh kebajikan msyrkt.
    pahala dmpi ke mati tu..
    tahniah bt hampa bdua..

  2. November 14, 2011 at 8:39 PM

    haha, sekolah kat kedah lima tahun tuuuu… memang bole speaking kedah sket2😛

  3. palie
    November 18, 2011 at 5:31 PM

    laa… nape x sedekah kat aku jer.. hehehehe..

  4. November 20, 2011 at 10:19 PM

    huhu, orang kaya mcm ko ni nak ke pakai seken hen nye sofa~
    lagipun nnt ko kene tanggung kos transport (lori) pulak😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: