Home > Whatever > [E] Dah habis pantang

[E] Dah habis pantang

Ala.. nama je dah habis pantang tapi orangnye masa belum habis pantang dah keluar merayap ke kenduri kahwin la, shopping la huhuhu.

Eh, ni semua dengan keizinan bos aka Mak ler. Asalkan tak makan benda yang disenarai-hitamkan olah Mak, tak tersadung @ terjatuh & jalan dengan penuh sopan santun.. Mak ok je.

Best rupenye beranak secara normal ni wey. Aku rasa cepat sihat & dapat handle budak dengan kurang stress.

Alhamdulillah, cita-cita aku untuk bersalin secara normal & tanpa sebarang painkiller tercapai. Nurse tanya kenapa tak nak amik epidural? Aku jawab yang aku nak rasa apa yang Mak rasa masa lahirkan aku dulu. Cewah berlagak.

Sekali kau.. menggeletar aku tahan sakit 7 jam contraction tu. Padan muka.

Konon2 nak minta entonox tapi belum sempat nak guna dah rasa macam nak terberak! Dah nak terberanak le maknanya tu.

Tapi baru 7.5cm bukaan jadi nurse soh tahan. Gila apa nak tahan? Aku merayu supaya bagi aku teran sket mase contraction datang sebab aku rasa lega kalau buat macam tu. Ofkos la nurse tak bagi, dia kata kang kepala anak bengkak. Teran sikitttt je dia kata & dia tolong koyakkan ‘pintu keluar’ tu tiap kali contraction. Lantaklah.

Tengok doktor dah masuk labour room.

Apa lagi? Terus kata “nak push sekarang juga!” Pastu minta towel nak gigit sebab Win tak bagi jerit kuat2, malu katanye.

Doktor sempat buat episiotomy sebelum aku push. Patutlah meluncur laju je Aimi keluar kihkihkih.

Masa mengandung dulu aku tak manjakan diri dengan makan secara sesuka hati, tapi makan bila lapar je sebab takut baby besar sangat kang susah nak kuar plak. Member aku minum susu Anmum 2gelas sehari pastu anak dlm perut 4.14kg, dahh kena operet. Aku memang takut bab2 operet ni.

Oh.. sepanjang berpantang ni Mak taknak mandikan Aimi @ tukarkan diapers dia. Katanya taknak Aimi gets too attached with her. Yeke ekk?

Apapun, besar betul jasa Mak menjaga aku & Aimi selama 40 hari ni. Esok Mak nak blk kampong dah. Terima kasih, Mak. We love you very2 much!

Last but not least… ni gambo Aimi.

image

Categories: Whatever
  1. nrul
    December 26, 2011 at 8:22 PM

    congrats edot…alhamdullilah semuanya selamat.seronok baca entry labour ko.:-)

    • December 26, 2011 at 9:48 PM

      Tq nurul. Semua selamat.. syukur

  2. December 26, 2011 at 10:42 PM

    bila mak dah balik, mesti Terasa kehilangan yg sangat2..huhuhuh..rindu gila kot mase hari pertama without mak after abis pantang.

    • December 27, 2011 at 12:05 AM

      Huhu… mesti aku nangis esokkkkk. Huwaaa

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: